Sebelum ini, terdapat laporan media mendakwa Malaysia tidak tersenarai dalam senarai 40 negara yang dijemput ke Sidang Kemuncak Pemimpin Berkenaan Iklim disebabkan muncul dakwaan kononnya Malaysia kini kerap dilihat sebagai tempat pembuangan sisa plastik.
Walau bagaimanapun, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Malaysia tidak diundang kerana bukan tergolong dalam kategori negara yang terdedah kepada impak perubahan iklim yang ketara.
Kenyataan Datuk Seri Tuan Ibrahim secara khusus merujuk kepada kriteria yang menentukan sama ada sebuah negara itu diundang atau tidak telah mendapat perhatian netizen dan para netizen mengatakan bahawa perubahan iklim akan memberikan impak ketara kepada Malaysia.
Apakah nasib Msia ada Menteri Alam Sekitar sebegini?
Perubahan iklim akan ada impak ketara kpd Msia – penurunan hasil tuaian, kehilangan biodiversiti, kekerapan banjir.
Generasi muda yg paling terkesan.
Jika PAS taktau mentadbir, sila letak jawatan.https://t.co/Dz0UOnJNtV
— Lim Wei Jiet (@lim_weijiet) April 7, 2021
Memang bodo la semua peringkat pengajian dalam Malaysia belajar pasal climate change. Even budak tadika pun ada lagu pasal climate change. Sampai ke menteri cakap tiada pula. Dia ada background STEM ka tiada ni? https://t.co/oHDJc8V2zu
— Nizam (@KhrlNizamm_) April 7, 2021
Otw balik Sabak Bernama, nelayan2 yang jual mentarang tepi jalan pernah komplen, panas tak tentu sekarang so musim mentarang pon tak tentu, jadi bisnes mentarang tepi jalan tu pon banyak suffer kena cari bisnes lain. https://t.co/DE3v6Rjjv2
— Dafrosty✊🏽🍉 (@Dafrosty) April 7, 2021
Clueless betul. Dah ada kajian bandar yang terletak kat pesisir pantai di Malaysia akan terkesan dgn kenaikan paras air laut tahun 2050.https://t.co/npuv3PqOQX https://t.co/ECinrT2jqu
— 🏳️Haikal De Gea (ハイカル) 🏴 (@hackerunited) April 7, 2021
Menteri Alam Sekitar macam ni?! We're going straight down to hell i guess https://t.co/Buk9XfE3mr
— kii🍉//orv la is a mistake (@berylbiru) April 7, 2021
Bukan itu sahaja, para netizen turut mengkritik kenyataan beliau dan mengatakan perubahan iklim ketika ini turut telah memberikan kesan kepada ramai orang dimana cuaca yang tidak menentu menyebabkan banjir, hasil tangkapan nelayan berkurangan dan banyak lagi.
Bulan lalu, satu kajian daripada sekumpulan universiti UK meramalkan penarafan kredit Malaysia menjadi antara yang paling teruk terjejas kerana perubahan iklim. Pastinya isu pemanasan global dan perubahan iklim ini menjadi perhatian umum kerana ia akan mempengaruhi dari segi ekonomi dan juga semua kehidupan di dunia. Apakah pendapat anda akan isu ini?
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.
Jadi Pilihan Untuk ‘High’ Di Kelab Malam, Dadah Najis Lembu Raih Permintaan
Gagal Bayar Cukai Pendapatan RM1.69 Bilion, LHDN Fail Notis Kebankrapan Terhadap Najib