Dengan air laut yang semakin meningkat dalam masa tiga dekad, beratus-ratus juta orang di seluruh dunia berisiko kehilangan tempat tinggal disebabkan beberapa bandar besar dijangka akan tenggelam.

Menerusi kaji selidik yang dikeluarkan oleh Nature Communication, dengan menggunakan Digital Elevation Models (CoastalDEM), salah satu model yang lebih tepat meramalkan beberapa bandar besar di dunia bakal ditenggelami air.

Para saintis meramalkan bahawa penduduk yang berada di persisiran pantai bakal menerima kesan yang lebih teruk dengan paras air laut dijangka bakal meningkat sebanyak dua hingga tujuh kaki – dan mungkin lebih – sepanjang abad ke-21.

Manakala pada tahun 2050, rumah kepada kira-kira 300 juta orang bakal dilanda banjir sekurang-kurangnya sekali setahun.

Kesan di Malaysia

Menurut kajian terbabit, beberapa bandar di Malaysia bakal menerima kesan yang buruk apabila ada beberapa tempat yang bakal tenggelam atau membentuk sebuah pulau.

EIqG20nUwAARA6l
Climate Central
EIqG20mUEAILOyY
Climate Central

Alor Setar, Kuala Terengganu dan Kuching bakal membentuk sebuah pulau. Manakala Muar, Pekan, Port Klang dan beberapa tempat di sekitar negeri Perak bakal tenggelam.

Kesan peringkatan global

Di peringkat global, populasi Asia bakal menerima kesan yang lebih teruk apabila angka mencatatkan lebih 70% kawasan yang terdedah kepada kenaikan paras air – China, Bangladesh, India, Vietnam, Indonesia, Thailand, Filipina dan Jepun.

EIqHCgwUYAEryuz
Climate Central

Bandar besar di China antara paling terdedah manakala bandar di negara Asia yang lain berisiko termasuk ibu kota Vietnam, Hanoi, ibukota Bangladesh Dhaka, dan bandar India timur Kolkata.

EIqHCgyUEAAbZwC
Climate Central

New York City akan menjadi antara kawasan paling terjejas di Amerika Syarikat memandangkan penduduknya yang padat, menurut CNN.

slr-coastal_dem__2050__rcp45__p50__return_level_1__kopp_2014-2019-11-06T05-43-26.589Z
Climate Central

Di UK, kenaikan paras laut secara drastik akan menjejaskan kawasan utama seperti London serta kawasan pantai ke timur.

Kesan kepada penduduk dunia

Kawasan persisiran pantai yang semakin meningkat bakal mencipta gelombang pelarian iklim (climate refugee). Ramai orang akan dipaksa untuk berpindah dan mereka semua tidak dilindungi oleh Undang-Undang Antarabangsa, menjadikan negara-negara lain boleh menolak untuk memberikan mereka suaka.

Peningkatan paras laut ini juga bakal menyumbang kepada suhu global yang tinggi dan memberi kesan kepada bahan makanan yang datang dari hasil tanaman. Ini akan memberi kesan kepada kekurangan makanan dan minuman, krisis kesihatan dan ekonomi global yang terganggu.

Berikut adalah artikel lain mengenai perubahan iklim dunia. Klik pautan di bawah untuk lebih lanjut.

Mengapa Kita Perlu Risau Jika Hutan Amazon Musnah Dalam Kebakaran

NASA Bawa Anda Lihat Bagaimana Keadaan Bumi Yang Semakin Hancur