Walaupun ramai yang memiliki pendidikan yang tinggi pada ketika ini, ia masih belum boleh menjamin seseorang untuk mendapatkan kerja yang diidamkan.

Hal ini kerana timbulnya dakwaan bahawa penggunaan orang dalam atau bahasa mudah sebagai kabel jauh lebih berkesan tidak kiralah di sektor kerajaan atau pun swasta.

Baru-baru ini, seorang jurutera menyatakan dalam dunia pekerjaan kewujudan kabel merupakan satu kenyataan yang perlu diakui.

“Kebanyakkan orang masuk Petronas pakai kabel ya. Kena faham kenapa kabel itu berkesan sebab dalam banyak-banyak resume mereka tunjukkan kehebatan yang sama, jadi bila ada yang cadangkan nama tu, dapat diserap masuk.

“Memang tidak adil tapi orang kata unfair advantage yang orang lain ada, kita tak ada. Situasi sekarang ni ramai yang straight A. Jadi, kabel ini salah satu cara untuk dapatkan tempat,” katanya.

Tambahnya lagi, kita tidak boleh menafikan situasi tersebut sama ada suka atau tidak kerana kenyataannya wujud persaingan untuk mendapat kerja.

@ayub.azizan

Usaha, tawakal & kabel

♬ original sound – Ayub Azizan – Ayub Azizan

Sementara itu, netizen menyifatkan situasi yang berlaku tidak adil kepada orang yang betul-betul memerlukan dan orang yang susah.

Tidak hanya menganaiya orang susah, hal ini sekaligus mendorong jurang sosioekonomi akan terus melebar dek kerana mereka tidak boleh mendapat pekerjaan yang sepatutnya setaraf dengan kelayakan yang dimiliki.

Namun ada juga yang bersetuju dengan kenyataan itu di mana individu perlu mempunyai hubungan dengan orang yang berkecimpung di dalam bidang atau berpengaruh dalam mendapatkan sesuatu pekerjaan.