Sudah menjadi tanggungjawab buat setiap individu untuk tampil sopan serta memudahkan individu yang lain. Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang pelanggan bertindak di luar kebiasaan hanya kerana pihak kedai gagal mengikut apa yang dipesan beliau.
Menurut seorang individu yang tampil berkongsi menerusi Facebook Persatuan Tak Makan Tauge Satu Malaysia (PTMT1M), beliau memaklumkan telah memesan mee goreng tanpa tauge.
Baca Juga:
- ‘Khairul Aming ‘Storyteller’ Genius’ – Kru Terlibat Dedah Sebab Kejayaan Dendeng Nyet Berapi
- Khairul Aming Hanya Ambil 3 Minit 39 Saat Untuk Jual 80,000 Dendeng Nyet Berapi Mencecah RM1.19 Juta
Walau bagaimanapun, beliau telah menerima mee goreng yang masih lagi mempunyai tauge. Hal ini membuatkan, protes dengan meninggalkan mee dan tauge di atas meja bagi menyukarkan pihak kedai.

Menurutnya, tujuan beliau berbuat demikian bagi tujuan memberi pengajaran kepada kedai agar cakna dengan pesanan yang dibuat pelanggan.
Selain itu, beliau memaklumkan malas untuk meminta pihak kedai membuat hidangan baru untuk beliau atas alasan kesian sebaliknya memilih untuk meninggalkan mee dan tauge atas meja kedai tersebut.
Tindakan yang dibuat telah mendapat perhatian ramai yang turut berada dalam Facebook Group berkenaan. Rata-ratanya netizen tidak berkenan dengan apa yang ditunjukkan lelaki ini.
Menurut netizen, adalah lebih baik untuk meminta buat baru sahaja berbanding meninggalkan tauge di atas meja seperti yang ditunjukkan. Tidak kurang juga yang menyoal mengapa sanggup melakukan perkara tersebut hanya disebabkan tauge.


Sementara itu, terdapat netizen yang menegur bahawa tindakan yang dilakukan dilihat sangat sombong serta memaklumkan sebaiknya asingkan sahaja tauge dalam memudahkan urusan individu lain.