Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat semakin individu serta para selebriti yang terlibat dalam bidang podcast bagi meluahkan idea dan pendapat.

Meskipun terkadang sesetengah pendapat yang hanya mewakili diri sendiri, kenyataan yang dikeluarkan mampu mengguris hati atau mendapat perhatian ramai apabila dikongsikan secara umum.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika sebelum As’ad Motawh berpendapat sekolah hanya membazirkan masa, lain pula ceritanya dengan Rosyam Nor yang berpendapat rumah pelacuran adalah keperluan buat negara seperti Malaysia.

@suhanchannelofficial

Rumah pelacuran ni perlu?! 😱 EP 1 [PODCAST HITAM PUTIH KEHIDUPAN MUSIM 3] – PART 2 Full video di Youtube Suhan Channel & Usanita.🙌 #podcast #podcasthitamputihkehidupan #suhanchannel #rosyamnor #usanita

♬ original sound – Podcast Hitam Putih Kehidupan – Podcast Hitam Putih Kehidupan

Menurutnya, kehadiran rumah pelacuran membolehkan para pekerja asing yang rata-ratanya lelaki ‘melepaskan nafsu’ selepas berada berjauhan dengan pasangan.

“Bini semua tinggal ni, namanya pun lelaki, kalau dia tak ‘keluarkan’, dia nak tonjol kat mana? dia tengok anak bini kita, anak dara kita, silap-silap dia rogol.

Bila ada rumah pelacuran, mereka sekurangnya pergi ‘bayar’ di sana. Tapi ini pendapat peribadi saya, mungkin saya salah, mungkin saya betul.” ulas Rosyam Nor menerusi podcast Hitam Putih Kehidupan.

Kenyataan penuh kontroversi ini telah menimbulkan pelbagai kritikan dan respon di kalangan netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan pelakon ini.

Sumber: TikTok @suhanchannelofficial
Sumber: TikTok @suhanchannelofficial

Sementara itu, terdapat juga netizen yang berpendapat apa yang dituturkan Rosyam Nor ini ada logiknya. Seperti ramai sedia maklum, rumah pelacuran dalam negara adalah tidak dibenarkan manakala premis yang tersedia adalah beroperasi secara haram.

Sumber