Kita sudah lihat pelbagai jenis iklan bilik sewa yang sempit dan tidak sesuai didiami sehingga netizen menggelarkan ruang itu seperti ‘liang lahad’, ‘peti mayat’ dan ‘tempat orang sakit’.

Terbaharu, pengguna Twitter @AsyrafRosli_ berkongsi tangkap layar satu iklan di mana pemilik rumah telah menjadikan ruang balkoni rumahnya sebagai ‘bilik sewa’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam ‘bilik sewa’ berkenaan, ia dilengkapi dengan kipas, lampu, bantal, katil, meja, soket plug dan langsir untuk menutup sliding door.

Perkongsian ciapan itu mendapat pelbagai kritikan daripada netizen. Sampai ruangan balkoni pun pemilik rumah sanggup jadikan ‘lubuk’ untuk membuat duit.

Tambah netizen lagi, agak berbahaya jika ingin menyewa ruangan tersebut kerana jika berlaku hujan lebat dan angin kuat, besar kemungkinan barang-barang yang ada di dalam ‘bilik sewa’ itu boleh terjejas terkena air andaikata terlupa tutup sliding door.

 

Orang ramai turut bersependapat, pada hari ini agak sukar untuk mencari ‘rumah/bilik sewa asli’ yang tiada renovation penambahan partition.

Bagaimanapun ada juga netizen menyatakan walaupun ‘bilik sewa’ yang diiklankan itu sempit, namun ia nampak cantik dan kemas, jauh lebih baik daripada beberapa bilik sewa lain yang mereka pernah lihat sebelum ini.