Bagi anda yang tinggal kawasan perumahan bangunan bertingkat, jika anda ternampak air terjatuh dari tingkat atas, sudah pasti anda berasa geram dengan jiran yang berbuat sedemikian. Namun bagaimanapula jika anda ternampak jiran membuang kotoran dari balkoni?
Tular satu rakaman video di mana seorang lelaki membuang najis kucing dari balkoni rumahnya. Video itu dirakam oleh seorang pengguna TikTok @tyaraulfa1 yang tinggal di tingkat atas rumah lelaki terbabit.
Baca Juga:
- 5 Tip Penting Yang Anak Muda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Pertama
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
Dalam video berdurasi 1 minit 33 saat, seorang lelaki yang berada di tingkat bawah sedang ‘mengayak’ pasir kucing dan mengutip najis kucing menggunakan penyodok.
@tyaraulfa1
Kemudian lelaki terbabit dilihat melempar najis kucing beberapa kali ke arah ‘hutan’ yang berada di hadapan balkoni bangunan perumahan bertingkat itu.
Tindakan lelaki itu dikecam netizen, ramai meminta lelaki terbabit dikenakan tindakan tegas atas sikap kurang sivik sehingga sanggup ‘melempar’ najis kucing keluar dari balkoni.
PENGOTOR! 😠
Guna la yang flushable atau latih kucing guna mangkuk tandas. https://t.co/jfD2QVoJLk
— ⭐ (@rina_sarahim) March 11, 2023
Allahu . Boleh bertampi lagi pasir kucing dekat situ 🤦🏼♀️ . Rumah dia takde lift ke nak turun buang dekat tong sampah . Parah betul 🤔 https://t.co/Q9uk0aEpgO
— Raudhah❤️ (@raudhahida25) March 11, 2023
https://twitter.com/thetulipchapter/status/1634389970512412679?s=20
Tambah netizen lagi, boleh sahaja lelaki itu menggunakan jamban rumah untuk flush kesemua najis kucing tersebut, sekiranya sudah terlalu pemalas sangat.
Menurut Tyara, dia sudah pun membuat laporan kepada pihak pengurusan untuk tindakan susulan terhadap jirannya yang berbuat perkara sedemikian.