Sebagai pemilik rumah sewa, pastinya anda berharap penyewa rumah anda akan menjaga rumah yang disewa mereka dengan baik dan sentiasa bersih.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @bayubeautyhouse telah berkongsi sebuah video memaparkan keadaan rumah sewa yang kotor dipenuhi dengan najis kucing dibungkus dalam beg plastik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@bayubeautyhouse

#bersyukur Kadangkala kita diberi rumah tapi kita tidak hargai,apatah lagi bila kita dapat duduk rumah secara percuma.Sedangkan orang dekat luar sana masih ramai yang takde rumah.Bila dah diberi tempat tinggal jagalah baik-baik,bukan macam ni.Kalau dihalau kamu akan berkata tidak berhati perut.Itulah hakikatnya sifat sesetengah manusia..Beryukurlah masih diberi tempat tinggal bukan merempat ditepi jalan.Saya berharap sesiapa pun yang related to person yang tinggal dalam rumah ni,boleh ambik axtion and don’t blame me.Why he sick?why no room to sleep?why sleep in the car?Saya hanya bagi tumpangan rumah anugerah Allah.tapi bukan untuk menjaganya sekali Saya ada anak2 untuk dijaga berbabding orang luar yang tak kisah tentang saya..Sedangkan kalau diikutkan lebih baik saya bg sewa sekurangnya saya dapat tampung keperluan aekolah anak2 saya.

♬ Sholawat Meluluhkan Hati – Yasir

Menerusi video tersebut, wanita yang merupakan pemilik rumah berkenaan telah memberikan seorang individu untuk menyewa di situ tanpa mengenakan sebarang bayaran memandangkan mereka mempunyai tali persaudaraan.

“Dia dah tinggal situ hampir lima tahun. Sebelum ni okay, rumah bersih je.” kata wanita tersebut.

Difahamkan, individu yang menyewa rumahnya itu dikatakan menghidapi minor strok selama tiga bulan dan disahkan menghidap penyakit saraf.

Oleh itu, individu tersebut tidak larat untuk membuang najis kucing terbabit dan individu itu juga sudah berjanji untuk membersihkan rumah tersebut.