Selain murah, fasiliti tersedia juga menjadi antara faktor yang perlu dititikberatkan apabila mahu menyewa bilik atau rumah. Mana tidaknya, selepas seharian bekerja atau belajar, kita mesti mahu berehat dengan tenang di rumah.
Terbaharu, iklan bilik sewa di ibu kota telah menjadi buah mulut ramai apabila seorang pengguna Twitter telah berkongsi kembali iklan bilik sewa yang dilihatnya di Facebook.
Baca Juga:
- ‘Liang Lahad Berbayar’ – Iklan Bilik Sewa Sempit Berharga RM350 Di Selangor Ini Buat Netizen Terkejut
- ‘Sudah Seperti Tempat Orang Sakit’- Netizen Terkejut Lihat Ruang Tamu Dijadikan Bilik Sewa Berharga RM170
- Disangka Sewa Bilik, Lelaki Malaysia Ini Terkejut Ruang ‘Penghadang’ Ini Disewa RM1,709 Sebulan
Ini bukan bilik sewa,ini kabinet sewa lah gila ðŸ˜
RM290 sebulan pula tu pic.twitter.com/AxlwXIfh82
— Pelabur Bijak 🇲🇾 🇵🇸 (@Pelabur_Bijak) December 28, 2022
Menerusi iklan tersebut, dapat dilihat bilik sewa yang ditawarkan berkonsepkan ‘capsule’ dan pastinya kecil serta terlihat seperti peti simpan mayat. Lebih mengejutkan apabila harga sewa bermula daripada RM290 sebulan.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut dengan keadaan bilik sewa itu serta mengatakan tuan rumah melampau mahu mendapat keuntungan segera.
Practise tidur keranda ke ni ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Allahu https://t.co/gcytpwuphz
— 🇲🇾 (@amir_nawawi) December 28, 2022
https://twitter.com/ili4short/status/1607994171641716737
@NgaKorMing I’m assuming this falls under your ministry’s jurisdiction. My apologies if it’s a mistake but I think you should look into this matter regardless. https://t.co/1eJHgSyWVN
— LookingForMyStroopWafels (@HolyCannoli09) December 28, 2022
RM290 quite expensive la. Kalau tambah sikit around RM300 – RM400 boleh dapat 1 bilik (Sharing/Single).
Kalau area rumah flat KL boleh dapat 1 bilik RM300++ single room. Bilik aku sewa sekarang RM200 (single room).
Harap sewa capsule ni dapat dicegah before jadi barah 💀 https://t.co/4sy7b2kppX
— Naufalx86 🇲🇾🇵🇸 (@naufalx86) December 28, 2022
Bukan itu sahaja, para netizen turut berpendapat bahawa penyewa di bilik tersebut pasti ‘sesak nafas’ disebabkan tiada pengudaraan yang baik. Rata-rata netizen juga berharap bilik sewa seperti ini sepatutnya tidak wujud.