Sebut mengenai rumah lelong, sudah pastinya rumah tersebut sering kali hadir dengan harga mampu milik di mana para pembeli berpeluang membuat bidaan bagi menjadi pemilik terbaru.
Dalam pada itu, siapa sangka rumah dengan harga RM11 juta juga mampu tersenarai dalam senarai rumah lelong. Bertempat di Kulim Golf & Coutry Resort, sebuah rumah banglo mewah dengan keluasan 45,133 kaki persegi ini sedia dilelong menurut laman Auction List.
Baca Juga:
- Sekadar Tinggal Rangka, ‘Rumah’ Di Melaka Ini Sedia Dilelong Bermula Harga RM243,000
- Mahu Sahkan Rumah Di Klang Ini Tidak Berhantu, Ejen Hartanah Upah Kumpulan ‘Ghostbusters’
Terletak di lokasi elit di Kulim, dilihat hadir dengan rekaan yang moden beserta kolam renang pada bahagian tepi rumah. Landskap yang dijaga rapi sekaligus membuatkan rumah ini kelihatan kemas.
Berdasarkan semakan di ruangan komen Facebook Muhammad Ishaq, terdapat netizen yang memaklumkan pemilik rumah agam ini merupakan seorang kontraktor dan pemaju. Tidak kurang yang terkejut rumah mewah seperti ini juga berpeluang untuk berada dalam senarai lelongan awam.
Rumah mewah di Kulim, Kedah ini sedia untuk dilelong secara rasmi pada 1 Ogos 2023. Mereka yang berminat perlu menyediakan wang deposit 10% bersamaan RM1.1 juta sebagai tanda berminat untuk mendapatkan rumah mewah ini.