Kulim merupakan salah satu lokasi yang menjadi tumpuan oleh syarikat-syarikat besar untuk membuka operasi di Malaysia. Terbaru, ada desas-desus menyatakan pembuat kereta terkenal Jerman, Porsche bakal membuka kilang di situ.

Menurut satu sumber yang telah berkongsi dengan pihak Careta.com, “Terdapat beberapa pelaburan besar yang bakal masuk ke dalam sektor automotif Malaysia, namun pihak kerajaan masih lagi belum mahu mengisytiharkan perkara tersebut disebabkan wabak pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Pengumuman tersebut perlu dibuat bersama, mereka merupakan nama besar di dalam industri, dan kerajaan tidak seharusnya membuat sidang media dan mengumumkan pelaburan tersebut bersendirian,” ujar sumber itu.

vocket-porsche-buka-di-kulim-header
Sumber Gambar: Porsche Newsroom

Manakala Bloomberg melaporkan Porsche akan bekerjasama dengan Inokom Corp. salah sebuah subsidiari di bawah Sime Darby Motors Sdn Bhd. Fasiliti itu akan menjadi kilang pemasangan pertama syarikat di luar Jerman.

Bagi menjelaskan perkara ini Christian Weiss, Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat Porsche, mengatakan Asia Tenggara mempunyai potensi besar dan akan terus mengkaji cara untuk berkembang di pasaran ini.

Setakat ini masih belum terdapat sebarang pengumuman rasmi mengenai pembukaan kilang di Kulim ini. Sekiranya benar, ia bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk anak tempatan menunjukkan bakat di dalam bidang automotif melalui jenama antarabangsa.

Pada akhir tahun lalu, bekas Naib Presiden Porsche Chassis telah sertai Apple untuk membangunkan projek Apple Car.

Bekas Naib Presiden Porsche Chassis Sertai Projek Apple Car

Porsche Taycan Turbo, Kereta Elektrik Pertama Daripada Jenama Ini

Kisah Di Sebalik Video ‘Delivery Day’ Porsche Cayenne Yang Tular Di Media Sosial

 

 

 

Sumber