Rumah merupakan tempat untuk kita berteduh dan ketika ini harga rumah bukanlah murah. Bayangkan rumah anda hampir ‘musnah’ disebabkan kelalaian orang lain, mesti anda akan berasa kecewa.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @rakeshbathumalai telah berkongsi sebuah video dimana meluahkan rasa kecewa apabila jirannya menambah binaan sehingga struktur rumahnya terjejas di Klang.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat kawasan rumah tersebut adalah rumah teres 1 tingkat tetapi jirannya telah menambah binaan menjadikan rumah teres 2 tingkat.

@rakeshbathumalai

MPK rasuah, hancurkan rumah saya. dengan kelulusan yang diberi tampa usul periksa dengan betul. #fypシ゚viral

♬ original sound – rakeshbathumalai – rakeshbathumalai

Menurut Rakesh, pihak Majlis Perbandaran Klang ke rumahnya dan menandakan keretakan dan kerosakan di rumahnya tetapi masih tiada tindakan lanjut sehingga sekarang.

Malah, Rakesh juga berasa pelik bagaimana pihak berkuasa boleh meluluskan pembinaan tambahan jirannya tanpa mengambil faktor risiko yang boleh berlaku apabila binaan siap.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa berang dengan tindakan jiran kepada pemilik rumah tersebut yang telah ‘memusnahkan’ rumah yang didiami sejak lebih 30 tahun.

Rata-rata netizen juga berasa sedih dengan keadaan rumah Rakesh yang sudah tidak selamat untuk didiami dan juga bertambah rasa simpati apabila rumahnya turut dirompak oleh penyamun.

Bukan itu sahaja, para netizen berharap pihak yang bertanggungjawab memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan pantas dalam menangani isu ini.

Malah, rata-rata netizen mengatakan bahawa Rakesh boleh menyaman jirannya itu disebabkan pembinaan tambahan binaan pada rumah telah menyebabkan rumahnya rosak.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Pawang Dakwa Dapat Lihat Dan Lukis Individu Sihir Ustaz Kazim Undang Perdebatan Netizen

Sangkal Malaysia Negara Kelas Ketiga, Wanita Amerika Ini Kagum Dengan Kemewahan Pavilion KL

Naik ETS Ke Ipoh, Ini 5 Destinasi Yang Anda Boleh Singgah Untuk ‘Day Trip’