Malaysia sememangnya cukup terkenal sebagai negara Islam di mata dunia kerana mempunyai jumlah penganut Islam majoriti di dalam masyarakat tempatan.

Jadi, secara logiknya masjid dan surau akan di setiap penjuru di seluruh Malaysia yang mana akan kedengaran kumandang azan apabila masuk waktu solat.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Bagaimanapun, seorang wanita dari Indonesia mendakwa dia tidak mendengar kumandang azan di beberapa negeri yang dilawati di sekitar Malaysia.

Menerusi perkongsian video di media sosial, dia mengatakan sudah mengunjungi Kuala Lumpur, Terengganu dan Johor namun tidak kedengaran sebarang kumandangan azan.

Tidak terhenti di situ, dia turut mendakwa tidak kelihatan kewujudan masjid sepanjang perjalanan ke lokasi-lokasi terbabit. Jika kalau ada pun sebuah masjid besar di Kuala Lumpur dan senai yang dijumpai, dia masih mengeluh ketiadaan suara azan seperti yang di harapkan.

Wanita dari seberang itu turut menambah lagi bahawa hanya mendengar kumandang azan dari aplikasi Muslim Pro yang dimuat turun pada telefon pintarnya.

Di video lain pula, dia kelihatan menangis kerana terharu mendengar kumandang azan sebaik tiba ke negara asalnya.

Hantaran wanita itu ternyata meraih perhatian netizen yang mana rata-ratanya dari Malaysia telah membidas dakwaan wanita tersebut kerana memberi gambaran buruk terhadap negara ini.

Malah, ramai mempersoalkan lokasi yang dikunjungi adakah terlalu tersorok sehingga tidak kedengaran azan atau kelihatan kewujudan masjid.

“Kepala otak dia lah. Di Malaysia merata kawasan blh dengar azan even in areas majority non-Muslims adanya surau yg elok dijaga, azan tetap kuat,” luah seorang netizen dengan nada marah.

“Kalau dah belum masuk waktu, memanglah takde azan,” komen ringkar seorang netizen.

“Memang trending sekarang ni. Indon dtg kt malaysia untuk mengutuk. Pelik. Jalan raya laa. Tahi tak flush,” kongi seorang netizen tentang peningkatan trend memburukkan Malaysia oleh segelintir individu dari negara seberang.

Dalam pada itu, ada netizen yang berkongsi stastik jumlah masjid dan surau yang mana memperlihatkan sebanyak 6,810 untuk masjid dan 18,367 untuk surau di seluruh Malaysia. Jadi, timbul kemusykilan bagaimana ada masalah ketiadaan kumandang azan di sini.