Kecoh sejak minggu lalu apabila Founder Misi yang terkenal dengan kejayaan crowdfund mencecah RM9 juta bagi bayi Naail mengumumkan akan memperkenalkan matawang.

Bukan itu sahaja, Founder Misi turut mengumumkan Misi Farms dalam usaha untuk memberi lebih keuntungan kepada petani sekaligus menghapuskan orang tengah yang didakwa mengambil keuntungan yang tinggi.

Baca Juga:

Bagi menjayakan Misi Farms, Founder Misi menerusi aplikasi Misi dilihat memerlukan dana sebanyak RM20 juta di mana keputusan yang dibuat telah menimbulkan persoalan daripada pelbagai pihak.

Sehubungan dengan itu, Founder Misi menerusi perkongsian terbaru menerusi aplikasi memaklumkan tujuan meletakkan sasaran RM20 juta bagi Misi Farms.

Kenapa sasaran RM20 juta?

Menurut Founder Misi, sasaran RM20 juta yang diletakkan untuk orang ramai menyumbang hanyalah sebagai limit sumbangan sahaja.

Difahamkan pihak mereka tidak menunggu sehingga mencapai RM20 juta, sebaliknya sedia membangunkan hub pertama selepas menerima dana RM300,000.

“Saya tidak mahu orang ramai percaya apa-apa secara bulat-bulat, apatah lagi muka founder bertanjak.” ulas Founder Misi

Oleh yang demikian, beliau mahu jalankan proses satu persatu dengan dana yang diterima sekaligus berjanji untuk mendedahkan perjalanan dalam membangunkan hub pertama.

Founder Misi menjelaskan orang ramai berpeluang melihat hasil pada hub yang pertama sebelum percaya 100% terhadap apa yang diusahakan.

Mengulas mengenai mengapa dana RM20 juta diperlukan, Founder Misi memaklumkan pihak mereka mensasarkan untuk membangunkan 1,000 hub seluruh Malaysia.

Tambahnya lagi, keuntungan yang diperoleh pada hub ini berpeluang membolehkan hub ini rolling serta menguruskan operasi secara sendirinya.

Dakwa tidak akan mengambil untung daripada dana yayasan

Membangunkan Misi Farms di bawah Yayasan Misi Rakyat, yayasan ini berjaya akan membentangkan audit kepada orang ramai setiap tahun.

Founder Misi turut memaklumkan tidak akan mengambil untung daripada dana yayasan ini sekaligus mendakwa tiada satu sen akan tercicir di mana akan disahkan oleh pihak audit.

Sudah berjaya mengumpul lebih RM389,000

Setakat artikel ditulis, Misi Farms sudah berjaya mendapatkan dana sebanyak RM389,141 serta turut menerima pendaftaran sebanyak 1145 ladang.

Misi yang cuba diusahakan Founder Misi walau bagaimanapun telah mendapatkan sokongan dan tidak kurang juga yang menentang ekoran terdapat keraguan terhadap usaha yang dilihat tidak realistik ini.

Sebelum ini, Founder Misi turut menjadi buah mulut netizen selepas mendakwa matawang yang dibangunkan iaitu Misi Coin lebih bernilai daripada emas.