Penyanyi terkenal Damian Mikhail menyindir peminat Khairul Aming sebagai hipokrit kerana mengecam sambal nyet Khairi.
Netizen sebelum ini benar benar bengang dengan tindakan seorang usahawan yang menghasilkan sambal nyet yang dianggap meniru produk Khairul Aming.
Baca Juga:
- Tak Sampai 24 Jam Dipromosikan Khairul Aming, Kedai Cendol Ini Penuh Diserbu Pelanggan
- Netizen Bengang Sambal Nyet Khairi Adalah Plagiat Produk Khairul Aming
- Khairul Aming Hantar LOD, Senaraikan 8 Tuntutan Terhadap Sambal Nyet ‘Ciplak’
Tindakan seorang pengusaha sambal Nyet Khairi telah mengundang kemarahan segelintir netizen kerana menurut mereka dia telah menciplak Sambal Nyet Khairul Aming.
Malah pengeluar Sambal Nyet Khairi (SNK) turut mengucapkan terima kasih kepada pembeli yang menyokong produk mereka.
“Anda menjadi dorongan yang penting bagi kami terus berusaha untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan kegemaran di kalangan masyarakat.
“Sila kongsikan keenakan tersebut bersama rakan rakan atau famili anda, ikhlas dari pasukan SNK”
Sambal dengan label Sambal Nyet Khairi yang dianggap meniru sambal nyet Khairul Aming itu malah telah mendapat sambutan luar biasa ketika dijual di platform atas talian.
Di Shopee sahaja sudah terjual lebih 800 unit dan lebih 2800 unit terjual di TikTok Shop.
Selain itu ada juga yang menyatakan mereka terbeli sambal itu kerana keliru dengan labelnya, ingatkan ianya sambal Nyet berapi ori Khairul Aming.
Terjumpa ni dekat tiktok.. aku mati mati ingat sambal nyet KA sbb pattern sama.. tgk harga murah ingat tgh sale.. nohh sambal nyet khairi rupanya @khairulaming boleh ke tiru macam ni? pic.twitter.com/lvvA3p0UeG
— hello, is it me you looking for? (@iCandy0592) December 18, 2023
Netizen benar benar berharap agar pemilik Sambal Nyet Khairi ini tampil memberikan penjelasan tentang produknya. Dan mereka turut mengesyaki gambar Khairi pada risalah produk itu seperti janaan AI.
Nampak sama tapi bukan dia pic.twitter.com/Ou8SdtRmPl
— @ (@anthraxxx781) December 27, 2023
“Senang kerja macam ni, tak perlu kreativiti, cuma perlu meniru,” kata seorang netizen yang kegeraman.
Laman peminat Khairul Aming menulis: “Gila. Selamber je ek kau bang buat copy ori sambal nyet sebijik sejiban. Tinggal tukar nama Khairi je! Tak baik tauu bang, amik kesempatan. Tahu lah orang kita malas membaca. Tolonglah, bina dan cipta kekuatan diri sendiri.”
Mereka meminta pihak Khairi menghormati harta intelek usahawan yang lain.
Kemudian Khairul Aming sudah memberitahu bahawa pasukan guamannya sudah menghantar surat LOD daripada pihak SNK tentang perkara itu kerana yakin produk mereka sudah diciplak.
Perkara itu mendapat perhatian Damian Mikhail yang mempersoalkan kemarahan netizen ke atas Khairi pada masa yang sama menyokong tindakan Khairul Aming ketika dia meniru respi Prosperity McD baru baru ini.
Di mana ramai yang turut membuat resepi itu lebih lebih lagi ketika ini ramai yang masih memboikot McD. Resepi yang digelar McMing.
Damian Mikhail menulis tentang isu sambal nyet Khairi yang dikecam itu: “Netizen marah gila sambal Nyet Khairi tu tiru Khairul Aming. Tapi mereka puji McMing tiru Prosperity McD. Semua Mekdono [buat tak tau] je. Amacam… huhu.”
Post tersebut mengundang kecaman netizen. Mereka menyatakan bahawa Damian seorang yang tak faham konteks. Dalam situasi tersebut Damian harus tahu tentang meniru produk dengan berkongsi resepi.

Selepas menerima banyak kecaman daripada netizen, Damian menyatakan dia cuma cuit gurau gurau sikit je.
“Korang jangan la marah aku wei. Cuit gurau gurau sikit pun dah terasa. Apa la netizen ni. Aku pun sokong Khairul Aming tau. Ciplak tu memang la salah, aku orang seni, aku tau la.”
Masih juga ramai yang bengang dengan Damian Mikhail yang dianggap menunggang isu untuk mencari publisiti murahan.
Sayang la nama dah besar lagi besar daripada Khairulaming. Marketing guru mana yang ajar abang provocative marketing macam ni? Orang power macam abang tak perlu kot buat macam ni.
— Karim Good Guy (@karimbachik) December 29, 2023