Adakalanya hari semasa kita menonton wayang, akan terjadi perkara yang tidak dapat dijangka sehingga tayangan filem itu tertanggu.

Baru-baru ini seorang wanita mat salleh terkejut apabila dia mendapat tiket wayang percuma ekoran masalah teknikal berlaku semasa tayangan filem berlangsung di sebuah panggung wayang di pusat beli-belah terkemuka ibu kota.

Baca Juga:

@victoria_sserg

Honestly, so surprised to experience that! #tiktokmalaysia #traveltiktok #travelmalaysia #travelvlog #kualalumpur

♬ Calm LoFi song(882353) – S_R

Menurut Victoria Sergeeva, ketika dia menonton filem, tiba-tiba suara pelakon tidak keluar dan pihak panggung wayang terpaksa tayangkan semula filem itu daripada awal.

Selepas wanita itu dan pasangannya keluar dari panggung wayang, mereka berdua diberikan dua tiket ‘ganti rugi’ disebabkan masalah yang berlaku semasa tayangan pada ketika itu.

Sumber Gambar: TikTok @victoria_sserg
TikTok @victoria_sserg
TikTok @victoria_sserg
TikTok @victoria_sserg
TikTok @victoria_sserg
TikTok @victoria_sserg

Pada masa sama, orang ramai turut tertanya-tanya di manakah lokasi panggung wayang yang Victoria pergi kerana mereka tidak pernah mendengar nama panggung wayang itu sebelum ini.

Victoria menjelaskan panggung wayang itu sudah lama berada di pusat beli-belah terkemuka di ibu kota itu dan dia sudah menjadi pelanggan di situ sejak tahun 2019 lagi.