Kerusi keselamatan kanak-kanak atau child car seat merupakan alat yang penting bagi memastikan keselamatan kanak-kanak semasa berada di dalam kenderaan.

Ia membantu melindungi kanak-kanak semasa berlakunya kemalangan jalanraya dengan cara mengurangkan risiko kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak tersebut.

Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah melanjutkan Insentif MyCRS yang pernah dilaksanakan pada tahun lalu, satu program pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak terbuka kepada kelompok B40 dan M40.

Syarat-syarat permohonan insentif MyCRS:

1. Penerima insentif berpendapatan isi rumah B40 dan M40.

2. Mempunyai anak yang berusia kurang 12 tahun dan termasuk ibu yang sedang mengandung.

3. Warganegara yang menetap di Malaysia.

4. Peruntukan satu (1) CRS untuk satu (1) isi rumah sahaja.

Berikut adalah cara-cara untuk memohon insentif MyCRS 2023:

1. Permohonan boleh dibuat sehingga 15 September 2023 ini di mycrs.gov.my.

2. Semakan kelayakan juga boleh dibuat pada mycrs.gov.my.

3. Pembelian boleh dibuat hanya pada kedai-kedai berdaftar, sehingga 30 September atau sehingga RM12 juta habis dituntut.

Anda boleh semak senarai kedai berdaftar berhampiran anda di pautan ini.

Dokumen diperlukan untuk menebus insentif MyCRS 2023

1. Salinan MyKad pemohon; DAN

2. MyKid/Sijil Lahir untuk anak yang berusia kurang 12 tahun; ATAU

3. Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung @ Buku Pink (untuk anak yang masih dalam kandungan).

Nilai insentif MyCRS 2023 yang boleh dituntut

Dengan insentif bernilai RM150, bagi mana-mana kerusi keselamatan kanak-kanak berharga RM1-RM150 adalah percuma.

Manakala bagi kerusi yang berharga RM151 dan ke atas, hanya RM150 sahaja ditanggung kerajaan, manakala baki selebihnya ditanggung oleh penerima.

MyCRS
Sumber Gambar: Koopers.co

Kepada ibu bapa jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendapatkan kerusi keselamatan kanak-kanak untuk anda dengan insentif sebanyak RM150 yang ditanggung kerajaan.

Layari mycrs.gov.my untuk membuat permohonan sehingga 15 September ini dan semak senarai kedai-kedai berdaftar berhampiran anda di pautan ini.

Kongsikan artikel ini kepada ahli keluarga dan kenalan anda yang mempunyai anak-anak kecil.