Sejak beberapa minggu terakhir ini, hangat dikongsikan di media sosial mengenai kekejaman rejim Zionis yang membedil Palestin sehingga menyebabkan ribuan penduduk Gaza terbunuh termasuk wanita dan kanak-kanak.

Di sebalik desakan dan kecaman kepada pihak Israel untuk menghentikan peperangan, terdapat segelintir individu yang menjadikan tangisan rakyat Palestin sebagai ‘konten’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, pendakwah rancangan realiti TV, Da’i Syed yang menjalankan live di TikTok telah menyinggung perasaan para netizen serta mereka yang menyokong Palestin sewaktu beliau bersolek untuk isterinya, Hana Ismail.

“Darah sikit, baru Palestin”, seloroh Da’i Syed sewaktu mengenakan lip matte buat isterinya sambil tersenyum menyanyikan lagu yang popular berkait dengan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

‘Jenaka’ yang dianggap keterlaluan dan tidak sensitif serta ditotonton oleh orang ramai ini sekaligus telah membuatkan para netizen kurang senang terhadap pasangan ini. Berikut merupakan respon netizen terhadap tindakan Da’i Syed.

Sementara itu, terdapat juga netizen yang memaklumkan berasa kasihan terhadap Hana Ismail yang terpaksa menahan malu terhadap tindakan suaminya.

Hana Ismail dalam live berkenaan turut memaklumkan tindakan suaminya membuatkan orang ramai tidak lagi mahu membeli lip matte yang dipromosikan beliau.