Kuih raya bukan sekadar hidangan, tetapi satu warisan budaya yang membawa nostalgia dan kenangan manis setiap kali tiba Aidilfitri.
Setiap gigitan mengingatkan kita kepada tangan nenek yang cekap menguli doh, aroma harum dari ketuhar dan suasana rumah yang penuh dengan kegembiraan.
Namun, dalam dunia moden yang semakin pantas, ramai mencari cara untuk menyesuaikan resipi klasik dengan teknik dan bahan yang lebih ringkas tanpa mengorbankan rasa asli.
Dengan sedikit kreativiti, kuih raya tradisional boleh diberi nafas baharu menggunakan Pocky dalam tiga perisa iaitu Coklat, Strawberi dan Cookies & Cream.
Mari kita lihat bagaimana inovasi ini boleh menghidupkan semula tradisi dengan sentuhan baharu.
Tradisi bertemu inovasi: gabungan rasa baharu
Bayangkan rasa klasik kuih raya kegemaran nenek tetapi dengan elemen moden yang memberi kejutan rasa! Dengan menambah Pocky dalam kuih raya tradisional, setiap gigitan menjadi lebih menarik.
Biskut Emping Jagung Madu Pocky
Bahan-bahan yang diperlukan:
20g mentega, 10g gula, 30ml madu, 120g emping jagung (kisar/ramas kasar), Pocky (pelbagai perisa kegemaran!) dan kacang (jika suka)
Cara-cara:
1. Cairkan mentega
2. Masukkan gula
3. Kacau adunan
4. Masukkan madu
5. Kacau lagi sehingga warna jadi keemasan
6. Di dalam bekas, masukkan emping jagung yang telah dikisar atau diramas kasar
7. Tuangkan adunan mentega, guna dan madu
8. Kacau bagi sebati
9. Sudukan ke dalam cawan kertas.
10. DIY dengan Pocky untuk cipta keriangan Raya!
Pocky Fireworks
Bahan-bahan yang diperlukan:
60g coklat ganace, 15ml susu, 10 keping biskut tawar dan 2 paket Pocky
Cara-cara:
1. Cairkan coklat ganace.
2. Tuangkan susu.
3. Kacau bagi sebati.
4. Apabila adunan sejuk, sapukan di atas biskut tawar.
5. Hiaskan dengan Pocky pelbagai flavor!
Kek Batik Matcha Pocky
Bahan-bahan yang diperlukan:
3 paket Pocky kegemaran korang, 1 sudu besar serbuk Matcha, 400g coklat putih dan 100g krim.
Cara-cara:
1. Cairkan coklat putih dan krim
2. Masukkan serbuk matcha.
3. Kacau bagi sebati.
4. Di dalam acuan, susun biskut Pocky ikut kesukaan.
5. Tuangkan adunan matcha ke dalam acuan.
6. Selang-seli dengan biskut Pocky.
7. Sejukkan dalam 3 jam atau semalaman.
8. DIY dengan Pocky untuk cipta keriangan Raya!
Teknik pembuatan yang dipermudahkan
Tidak semua orang mempunyai masa untuk membuat kuih raya secara tradisional dengan proses yang panjang.
Dengan inovasi moden, kuih raya boleh disediakan dengan cara yang lebih cepat tetapi masih mengekalkan keasliannya.
Adunan lebih mudah – Campuran bahan yang lebih ringkas dengan penggunaan Pocky sebagai elemen hiasan dan rasa tambahan.
Kaedah tanpa bakar – Pocky juga tersedia dalam tiga perisa iaitu Coklat, Strawberi dan Cookies & Cream untuk menambah variasi rasa dalam hidangan anda. Boleh makan begitu sahaja!
DIY bersama keluarga – Resipi kuih raya yang lebih interaktif, bukan sahaja membolehkan anak-anak membantu menghias dengan Pocky sebagai topping atau hiasan kreatif, tetapi juga menjadi peluang berharga untuk mengeratkan hubungan keluarga dan mewariskan tradisi kepada generasi baharu.
Dengan pendekatan DIY yang kreatif dan bahan yang mudah didapati, sesiapa sahaja boleh menghasilkan kuih raya moden yang masih mengekalkan nostalgia!
Lebih menarik, Pocky Pek Edisi Terhad 8 + 1 SACHET PERCUMA ini membolehkan anda bereksperimen dengan pelbagai variasi kuih raya tanpa perlu risau kehabisan stok.
Pastikan anda mendapatkannya sebelum kehabisan kerana edisi terhad ini hanya tersedia sementara stok masih ada.
Cipta Keriangan Raya dengan Pocky dan jadikan proses membuat kuih raya tahun ini lebih menyeronokkan bersama keluarga!
Boleh dapatkan Pocky di pasaraya terdekat anda atau beli sahaja di atas talian di sini.