Setiap orang perlu berkorban tidak kira wang, masa atau tenaga untuk mengapai suatu cita-cita yang diimpikan.

Baru-baru ini seorang pensyarah berkongsi satu kisah menarik perhatian ramai apabila ada seorang gadis bersemangat mahu dapatkan kursus pengajian walaupun kampus jauh daripada tempat asalnya.

Baca Juga:

Menerusi perkongsian TikTok @zahiralauddinhamid, ketika temu duga seorang pemohon, dia menanyakan dari mana dia berasal.

Dari Kedah Ke UiTM Puncak Alam Pukul 3 Pagi, Kegigihan Gadis Ini Pergi Temu Duga Dipuji
Sumber Gambar: TikTok @zahiralauddinhamid

Menurut gadis itu, dia berasal dari Kedah dan bertolak pada hari sama untuk pergi temu duga tersebut di UiTM Puncak Alam.

Jika dikira jarak antara dua lokasi tersebut, ia lebih 400 kilometer dengan mengambil masa hampir 5 jam perjalanan.

“Saya gerak dari Kedah pukul 3 pagi terus ke sini. Ayah saya drive. Saya betul-betul harap dapat course ini. Ini pilihan pertama saya encik,” ujar gadis tersebut.

Perkongsian video itu mendapat lebih 280,000 kali tontonan dan lebih 400 komen.

Ramai memuji gadis itu kerana memiliki bakat besar. Perkara itu dibuktikan menerusi contoh lukisan yang dibawanya semasa temu duga itu.

Sumber Gambar: TikTok @zahiralauddinhamid
Sumber Gambar: TikTok @zahiralauddinhamid

Gadis tersebut turut meninggalkan komen, mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan sokongan terhadapnya.

“Terima kasih Sir Zahir dan terima kasih juga kepada yang mendoakan saya. Saya ambil semua komen di sini sebagai semangat untuk saya terus maju jaya. InsyaAllah,” ujar gadis itu.

Pada masa sama orang ramai bersama-sama mendoakan agar gadis itu diterima sambung belajar di Jabatan Fotomedia Kreatif UiTM Puncak Alam itu.

Netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing yang turut terpaksa keluar awal pagi untuk pergi temu duga sama ada untuk belajar mahu pun untuk bekerja.

Ternyata pengorbanan itu mendatangkan hasil, asalkan berusaha bersungguh-sungguh.