Sudah menjadi trend pula buat sebahagian graduan untuk meminta penganugerah melihat ke arah kamera apabila gambar ditangkap sewaktu konvokesyen. Namun, tindakan tersebut dilihat tidak profesional di dalam majlis rasmi seumpamanya.

Susulan itu, pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) kini menasihatkan agar para graduan lebih beradab ketika menerima skrol bersama penganugerah.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi satu video di akaun TikTok rasminya, UiTM menegaskan para graduan perlu menghormati istiadat konvokesyen dengan melakukan perkara yang tidak memberikan masalah.

“Perhatian, para graduan tidak dibenarkan memberi isyarat kepada penganugerah untuk memandang ke arah kamera semasa menerima ijazah atau diploma.

“Sila jaga adab dan hormati penganugerah serta istiadat konvokesyen universiti,” tulisnya dalam video itu.

Sumber Gambar: TikTok @uitm_channel

UiTM turut memaparkan cara yang tidak beradab yang pernah dilakukan oleh salah seorang graduan ketika berada di atas pentas. Video contoh itu menunjukkan seorang graduan membuat isyarat tangan menghala kepada kamera supaya penganugerah memandang kamera.

@uitm_channel

Hormati #istiadatkonvokesyenuitm97 #konvo97 #uitmdihatiku

♬ original sound – Universiti Teknologi MARA – Universiti Teknologi MARA

Meskipun isyarat tersebut kelihatan biasa, realitinya ia berada di dalam kategori tidak beradab susulan istiadat itu merupakan majlis rasmi institusi. Bahkan, sangat mustahil untuk penganugerah melayan permintaan tersebut daripada ribuan graduan sewaktu konvokesyen berlangsung.