Seorang graduan UiTM menuai kecaman netizen kerana tidak menjaga adab ketika mengabil ijazahnya pada majlis konvekesyen.
Graduan tersebut dilihat menyuruh Tengku Permaisuri Hajah Nurashikin untuk pandang kamera.
Tindakannya itu dianggap biadap dan tidak menghormati istiadat konvokesyen. Ada juga yang berpendapat, sekurang-kurangnya dia membuat sembah daulat dahulu untuk meminta jasa baik Tengku Permaisuri.
Netizen yang lain menyindir: “Bukankah yang masuk universiti ni semua pandai pandai?”
Seorang lagi berkata: “Dia buat permaisuri macam kawan kawan dia je.”
Selain itu ada juga yang mengingatkan bahawa ada beratus graduan yang Tengku Permaisuri Hajah Norashikin serahkan ijazah dalam sehari, diharap mahasiswa lebih peka.

Seteerusnya ada juga yang menganggap mahasiswa tersebut pasti tidak beri perhatian ketika taklimat sebelum majlis konvokesyen. Ini kerana istiadat konvekesyen ada protokol yang harus dihormati.