Mungkin ramai yang tidak tahu pada tahun 1975, Malaysia pernah mencipta sejarah apabila skuad hoki lelaki negara berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala Dunia.

Waktu itu, kita diiktiraf sebagai pasukan keempat terbaik dunia. Wow!

Dari CSR Kepada Legasi Pembangunan Sukan Negara

TNB
Sumber: Malaysia Hockey Confederation (MHC)

Dilancarkan sejak 2009, program TNB Thunderbolts bukan sekadar melatih. Malah, ia mencipta laluan masa depan untuk anak-anak muda yang berbakat.

Melalui program ini, lebih 1,100 pelajar sekolah terlibat setiap tahun, dengan sekitar 120 pemain sedang aktif dalam pembangunan intensif.

Fokus utama adalah kepada latihan teknikal, pendedahan pertandingan, dan bimbingan jangka panjang termasuk peluang bermain di kejohanan antarabangsa seperti Thunderbolts Cup.

Antara kekuatan utama program TNB Thunderbolts adalah kesinambungan yang ditawarkan bermula dari peringkat sekolah, ke kelab senior, hinggalah ke pasukan kebangsaan. Ramai alumni program ini kini bermain di Liga Hoki Malaysia (MHL) dan ada yang telah menyarung jersi negara!

Kejohanan Hoki 6 & 7 Sebelah Thunderbolts Kembali Gegarkan Padang — Lebih 1,200 Remaja Sertai Edisi 2024

TNB
Sumber: TNB Thunderbolts

Thunderbolts Six-a-Side dan Seven-a-Side kembali pada 28 hingga 29 Disember 2024 dan meraih sambutan yang luar biasa!

Diadakan di Padang Kelab Kilat, Ibu Pejabat TNB, edisi ini menyaksikan lebih 1,200 penyertaan melibatkan 121 pasukan kategori Bawah-12 dan Bawah-18, lelaki dan perempuan.

Antara pasukan yang menyerlah termasuk terdiri daripada SSTMI Thunderbolts, Zaba Boys, Ber-1 Girls dan Nine Members.

Ini membuktikan bahawa minat terhadap hoki di peringkat sekolah masih tinggi, dan program Thunderbolts terus memainkan peranan penting dalam mencungkil bakat muda.

Kejohanan Malaysia Indoor Hockey League 2025 Jadi Saksi Kejayaan

Apa jadi bila sistem pembangunan berjalan dengan betul? Lihat saja prestasi pasukan TNB dalam Malaysia Indoor Hockey League (MIHL) 2025.

Dalam perlawanan akhir, TNB mempamerkan semangat juang luar biasa apabila berjaya mengheret perlawanan ke penentuan penalti selepas terikat 3-3 dalam masa sebenar, meskipun sebelum itu ketinggalan 0-3 kepada Maybank.

Muhammad Nursyahmi Zulkifli selaku produk Thunderbolts berjaya tampil sebagai wira perlawanan pada saat getir. Inilah hasil bila pemain diasah sejak remaja. Mereka bersedia untuk cabaran besar.

Pelantikan Legenda Negara, Nor Saiful Zaini, Kuatkan Lagi Sistem Thunderbolts

Dari Padang Sekolah Ke Pentas Dunia, Bagaimana Program TNB Thunderbolts Lahirkan Bintang Hoki Malaysia
Hokita

Pada Mei 2025, sebuah lagi berita yang menggembirakan apabila Nor Saiful Zaini diumumkan sebagai Ketua Jurulatih Pasukan Junior Kebangsaan.

Beliau sememangnya individu yang tidak asing lagi dalam dunia hoki. Nor Saiful Zaini merupakan bekas kapten skuad negara, pemain World Best XI, dan pembawa bendera Malaysia di Sukan Olimpik Atlanta 1996.

Lebih menarik, beliau adalah antara tenaga penggerak utama dalam program Thunderbolts sejak awal. Kini, dengan peranan di peringkat kebangsaan, beliau mampu menyelaraskan pembangunan akar umbi dengan visi hoki negara. Serius mantap!

Perjalanan tak berhenti di sini. Program TNB Thunderbolts akan terus mengorak langkah memberi peluang kepada pemain muda menimba pengalaman berharga.

Masa Depan Cerah Untuk Hoki Malaysia

TNB
Sumber: Hokita

Menerusi kerjasama erat antara TNB, kerajaan, sekolah-sekolah, dan Malaysia Hockey Confederation (MHC), laluan untuk pemain muda negara kini semakin tersusun dan terbuka luas.

Kalau anda nak terus tengok perkembangan terkini bakat muda hoki negara, boleh follow laman Facebook rasmi Hokita. Mana tahu satu hari nanti, pemain kegemaran anda mungkin bermula dari padang yang sama.

Saksikan bagaimana TNB dan MHC bersatu tenaga untuk memacu masa depan hoki Malaysia ke tahap lebih gemilang 🇲🇾. Tonton video penuh di bawah.