Bask Bear Coffee meraikan pelancaran cawangan fizikal yang ke-100 di pusat beli-belah Suria KLCC dengan menyajikan gimik unik seperti menyediakan kopi yang telah dibancuh segar dan disajikan melalui tetingkap beruang oleh Bear Paw semalam.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo berkata, bersempena pelancaran cawangan baharu itu, pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik semasa karnival yang dianjurkan selama lima hari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@mimieyuzi

Things to do at 100th store beary surprise celebration located at Bask Bear Supreme, KLCC. So cool! #explorepage #foryoupage #fyp #love #fypシ゚viral #happiness #moment #baskbearcoffee #baskbearsupreme #bearysurprise @Bask Bear Coffee

♬ Feather – Sped Up – Sabrina Carpenter

Menurut beliau, pelbagai permainan dan aktiviti berkisarkan beruang madu Malaya yang menjadi sumber inspirasi bagi jenama Bask Bear Coffee akan diadakan selain dapat membantu meningkatkan kesedaran serta pengetahuan tentang binatang tersebut.

Selain itu, bagi mereka yang tidak dapat menyertai karnival ini, mereka juga berpeluang untuk memenangi Golden Ticket yang menawarkan bekalan toasties percuma sepanjang satu tahun dengan pembelian item istimewa iaitu Double Perfection Toastie, yang tersedia dalam tempoh terhad.

Menu Double Perfection Toastie boleh didapati di semua cawangan yang menyediakan hidangan roti bakar. Menurut Bryan Loo, terdapat 10 Golden Ticket yang boleh dimenangi sebagai tanda penghargaan Bask Bear Coffee kepada pelanggan dan ungkapan terima kasih atas sokongan mereka yang berterusan. Pertandingan ini akan berakhir pada 30 September.

Tambahnya, karnival ini merupakan simbol kejayaan transformasi bagi perintis kopi inovatif Malaysia ini yang terkenal kerana berjaya beralih mejadi sebuah jenama maya semasa pandemik dan telah menjadi jenama kopi maya yang paling diminati pada ketika itu.

“Sebagai satu-satunya jenama kopi yang terinspirasi oleh keindahan beruang madu Malaya yangmemukau, Bask Bear Coffee menerajui usaha pemeliharaan beruang madu melalui Kempen Save Sun Bear Fund yang dilancarkan pada bulan lalu dengan tujuan untuk membantu menyokong pemeliharaan beruang madu di Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo (BSBCC) di Sandakan, Sabah, dengan menjadikannya sebagai haiwan angkat.

“Justeru, tidaklah menghairankan jika karnival yang berakhir pada Ahad ini memilih tema “Beary Surprise” dan Bask Bear Coffee akan menyumbang RM1 kepada BSBCC untuk setiap transaksi jualan mereka.

“Tahun lalu, syarikat menetapkan sasaran untuk membuka cawangan fizikal yang ke-100 pada suku ketiga tahun ini, dan kami telah berjaya mencapainya,” katanya.

Menurut beliau, jenama ini masih mempunyai 120 cawangan maya, menjadikan jumlah keseluruhan rangkaian sebanyak 220 cawangan, termasuk dua cawangan utama Bask Bear Supreme.