Sebelum ini, Fatin Afeefa telah meluahkan rasa kecewa apabila bekas suaminya, Adam Shahz didakwa tidak hadir ke mahkamah tanpa alasan yang kukuh berhubung kes tuntutan hak penjagaan anak.
Susulan itu, Liyana Sihar iaitu seorang peguam syarie yang mewakili pelakon Adam Shahz telah tampil untuk menjelaskan perkara sebenar menerusi satu hantaran video di TikTok.
Baca Juga:
- ‘Masuk Mahkamah Seminit Terus Balik’ – Suami Fatin Afeefa Didakwa Netizen Perli Adam Shahz
- Dakwa Dilayan Bagaikan Raja Di Negara Luar, Suami Fatin Afeefa Mahu Rakyat Malaysia Betulkan Pemikiran
- ‘Dah La Single Tak Ada Duit Pula’ – Suami Fatin Afeefa ‘Bangga’ Tayang Pendapatan RM75,915 Seminggu
@yanasihar #court #kehadiran #datangcourt #peguamsyarie #celiksyariah #diaripeguamsyarie #tetuanliyanasiharassociates #LSA
♬ Coming Home (A Tribute To Diddy-Dirty Money feat. Skylar Grey) – Hitmakers Unlimited
Menerusi perkongsian tersebut, dia menjelaskan bahawa terdapat dua kes yang difailkan ke mahkamah berhubung isu hak penjagaan anak mereka dimana kes yang pertama adalah kes hak jagaan kekal dan kes yang kedua yang baru sahaja difailkan dan sebutannya adalah semalam (Isnin) iaitu kes hak jagaan sementara.
“Walaupun Adam tidak hadir, peguamnya masih hadir kerana ini adalah sebutan yang pertama. Adam sudah pun berwakalah dengan peguam, jadi peguam hadir ke mahkamah untuk meneruskan prosiding.
“Pada hari sebutan, jika peguam kedua-dua pihak sahaja yang hadir itu sudah memadai tapi tidaklah timbul isu beriya-iya memfailkan kes tapi tak nampak muka di mahkamah.” ujar peguam syarie.