Ini bukan Fast And Furious, tetapi, hey, ianya buat saya terhibur.
Ia bagai menonton game Need For Speed, cumanya ianya adalah realiti. Menarik sangat melihat kereta di hadapan membelok ke kiri dan kanan memberi laluan. Dan ada masa ambulan ini membuat saya berdebar-debar.
Pemandu ambulan di Hungary ini mungkin di antara pemandu atas jalan raya yang terbaik pernah kita lihat. Beliau memandu laju, tetapi bertindak pantas dan menurunkan kelajuan pada masa yang tepat. Pemanduan sejauh 7.5 km hanya mengambil masa kurang dari 6 minit. Laju, lancar tetapi selamat!
Paparan video ini sudah mencecah 1.5 juta hits dalam masa sehari sahaja. Dan kini kita tahu kenapa!
LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram