Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, kerajaan menawarkan inisiatif data internet percuma sebanyak 10GB menerusi Insentif Rebat RAHMAH HKHM 2026.

Sebanyak 5GB data internet percuma akan diberikan pada 31 Ogos 2026 sempena sambutan Hari Kebangsaan, manakala 5GB lagi akan disalurkan pada 16 September 2026 sempena Hari Malaysia, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan.

Lima syarikat telekomunikasi yang turut serta dalam penawaran Insentif Rebat RAHMAH HKHM 2026 ini adalah –

1. Maxis/Hotlink

2. CelcomDigi

3. Unifi Mobile

4. U Mobile

5. YES

Maxis

Menerusi  ‘Soalan Lazim’ di laman web Maxis, pemberian data 10GB, iaitu 5GB sempena Hari Kebangsaan dan 5GB sempena Hari Malaysia, disediakan secara serentak dalam satu penebusan serta diaktifkan serta-merta.

Butiran lanjut mengenai tawaran Hotlink Prabayar akan diumumkan secara berasingan.

Data percuma 10GB ini sah untuk tempoh 30 hari bermula dari tarikh pengaktifan. Sebarang data yang tidak digunakan akan terbatal secara automatik selepas tarikh luput.

CelcomDigi

Sementara untuk CelcomDigi, 5GB data internet percuma akan diberikan pada 31 Ogos (Hari Kebangsaan) dan 16 September 2026 (Hari Malaysia). Tempoh sah bagi bagi kedua-dua data internet itu adalah selama 24 jam sahaja.

Unifi Mobile

Manakala Unifi Mobile pula, pengguna bakal mendapat data internet 8GB untuk Hari Kebangsaan dan 8GB untuk Hari Malaysia.

Selepas pas data percuma 8GB ini ditebus, ia akan sah digunakan untuk tempoh 24 jam. Sebarang data yang tidak digunakan akan terbatal secara automatik selepas tempoh sah pas tersebut tamat.