Berbaki beberapa minit sahaja lagi sebelum pengumuman rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar bin Ibrahim mengenai pengumuman kabinet baharu, nampaknya dua nama dua individu ini telah dilantik sebagai senator.

Menurut X @FirdausAzil selaku wartawan, dua individu ini merupakan YB Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan juga YB Dr Zulkifli Hasan.

Berdasarkan carian, YB Datuk Seri Amir Hamzah Azizan merupakan individu dalam bidang korporat di mana beliau pernah memegang jawatan sebagai lembaga pengarah bukan eksekutif Sime Darby dan juga Ketua Pegawai Eksekutif KWSP.

YB Dr Zulkifli Hasan pula merupakan individu yang mempunyai pendidikan dalam bidang undang-undang syariah serta pernah dilantik sebagai timbalan rektor IIUM.

Setakat ini, masih belum diketahui portfolio manakakah yang bakal dipegang dua individu ini.