Penyanyi legenda Datuk Shake menafikan bahawa dia tak suka atau tak nak menetap di Malaysia. Sebaliknya beliau ada alasan tersendiri tentang perkara itu.
Penyanyi kelahiran Johor itu sudah berhijrah ke Perancis pada usia awal 20-an lagi dan berkahwin dengan wanita warga Perancis, Datin Milena Shake.
Baca Juga:
- Konsert Bring Me The Horizon Di Jakarta Huru-Hara, Penonton Sampai Naik Ke Pentas
- Uqasha Senrose Akui Khilaf ‘Promote’ Konsert Hrithik Roshan Ketika Gaza Tengah Diserang
- Artis K-Pop Batalkan Konsert Di Malaysia, Dakwa Ada Ancaman Selepas ‘Like’ Kandungan Sokong Israel
Mereka dikurniakan 4 cahaya mata termasuk sepasang kembar. Datuk Shake yang sudah pun berusia 73 tahun sudah mempunyai 7 orang cucu.
Selain daripada faktor keluarganya yang berada di Paris, Datuk Shake juga memiliki banyak aset di sana. Jadi adalah mustahil untuk beliau meninggalkannya.
Sambil menyatakan, ketika ini pun dia sudah rindu berjauhan daripada keluarganya. Datuk Shake berada di Malaysia pada masa ini, dalam persiapan untuk konsert solonya di Zepp Kuala Lumpur pada 16 Disember depan.
Beliau menegaskan sekali sekala pulang ke Malaysia, namun semangat cintakan negara Malaysia tak pernah luntur dalam dirinya.
Dipetik dari Harian Metro, Datuk Shake berkata: “Bukan saya tak nak duduk Malaysia, tak suka Malaysia, tapi anak-anak saya, cucu saya dan harta benda saya, semua ada di sana (Perancis).
“Kebanyakannya (aset) di sana dan sudah tentu saya tidak boleh tinggalkan, terutama anak dan cucu saya, takkan saya nak jauh.”
“Tak boleh. Ini pun dah rindu dah, jadi ia mustahil,” katanya kepada sumber berita itu.
Mengulas tentang konsertnya yang akan berlangsung, Datuk Shake berjanji akan memberikan persembahan terbaik untuk menghiburkan peminatnya dengan lagu lagu Inggeris dan Melayu. Sambil menyatakan beliau sudah menyenaraikan 30 lagu untuk konsert sekitar 90 minit itu.
Harapannya adalah, peminat akan datang beramai ramai ke konsertnya, sambil mengakui beliau pun risau sama ada beliau masih ada lagi ke peminat di negara ini?
Datuk Shake sudah melakukan persiapan rapi untuk konsert kali ini dan beliau sudah sedia untuk beraksi di atas pentas sekali lagi setelah sekian lama beliau tidak melakukan konsert solo di Malaysia.