Pada minggu lalu tular sekeping gambar menunjukkan mesej diconteng pada dinding mengeai kekecewaan selepas ada segelintir penduduk pangsapuri atau flat yang memasang pintu gril besi sehingga mengganggu laluan orang ramai.
Sehubungan dengan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan pengurusan Flat Wangsa Maju Seksyen 2 mengambil tindakan berhubung aduan pemasangan pintu gril besi yang menghalang laluan pejalan kaki.
Baca Juga:
- ‘Duduk Flat, Selera Kondo’ – Rider Tidak Puas Hati Laluan Koridor Flat Dihalang Pintu Gril Besi
- Kerja Kutip Sampah Tergendala, Kereta Mewah McLaren Halang Laluan Masuk Kondominium Di Mont Kiara
- ‘Rumah Flat, Selera Kondominium’ – Pondok Pemilik Rumah Terpaksa Dirobohkan Pihak Majlis
DBKL menerusi kenyataan berkata, surat arahan tersebut dikeluarkan selepas pemeriksaan dilakukan DBKL melalui Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur (COBKL) pada Selasa.

“COBKL telah mengeluarkan surat kepada pengurusan kediaman supaya mengambil tindakan kepada pemilik petak agar mengembalikan semula pengubahsuaian itu kepada bentuk asal,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Kenyataan itu menjelaskan, penguatkuasaan adalah di bawah bidang kuasa pihak pengurusan bangunan selaras dengan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).

“Di bawah seksyen 59 (1) Akta 757 telah menyatakan bahawa kewajipan pengurusan adalah menyenggara dan mengurus dengan sepatutnya bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama, dan menjaganya dalam keadaan yang baik, ” kata kenyataan itu seperti dilaporkan Sinar Harian.
Terdahulu, seorang pengguna Facebook memuat naik beberapa gambar keadaan bahagian tengah-tengah flat didiami ayahnya dipenuhi dengan pintu gril besi.
Pada satu aras, ada contengan pada dinding meluahkan kemarahan terhadap isu tersebut.