Apabila mendiami di rumah bertingkat seperti flat atau apartment, kita sepatutnya untuk mempunyai sifat bertimbang rasa dan menghormati jiran yang lain.

Terbaru, satu video tular di aplikasi X, di mana seorang penduduk di rumah apartmen meluahkan rasa hampanya apabila terdapat penduduk lain di situ yang mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran tetapi tidak mengemas serta menurunkan khemah itu dengan kadar segera.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Perkara itu membuatkan penduduk lain terganggu kerana jajaran khemah kanopi itu menutup bahagian rumah sampah apartmen tersebut.

“Ha kencang kahwin, hujung ke hujung khemah, kahwin memang kencang, PA system (sistem audio, pembesar suara) bawah tu rumah sampah.

“Cepat lah sikit kemas aku memang sakit hati dah ni,”luah penduduk di situ.

Menerusi kapsyen video tersebut, difahamkan video tersebut dirakamkan ketika cuti sekolah dan penduduk di situ terganggu kerana kanopi yang didirikan sangat panjang dan mengganggu rutin harian penduduk lain.

Video tersebut sudah pastinya menarik perhatian ramai, rata-rata mempersoalkan mengapa tuan majlis itu tidak mengadakan majlis perkahwinan di dewan atau balai raya yang biasanya ada di perumahan sebegitu.

Sumber Gambar: X @malaysiaviral
Sumber Gambar: X @malaysiaviral

Malah, netizen mendakwa majlis kenduri kahwin yang diadakan di dewan atau balai raya jauh lebih bagus kerana pengurusan sampah yang sistematik dan senang untuk mengemas semula segala dekorasi berbanding di khemah.