Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi KL Strike Force bersama sama dengan kerjasama PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara melakukan operasi bersepaadu dalam usaha membanteras jurgambar haram di Pintasan Saloma dan KLCC.

Sebelum ini terdapat rungutan daripada pengunjung Pintasan Saloma di ibu negara tentang kegiatan jurugambar haram atau ulat gambar yang mengganggu serta ada yang memaksa pengunjung dan pelancong untuk menggunakan khidmat mereka bagi mengambil gambar.

Kegiatan serupa sebelum ini sinonim dengan pusat tumpuan pelancong, KLCC.

Operasi yang sama turut menggempur penjaja tanpa lesen yang beroperasi di Pintasan Saloma dan KLCC.

Menurut laporan Harian Metro, DBKL berjaya menyita 23 peralatan mobilegrapher, dan 23 notis kompaun di Undang Undang Kecil 3(1) Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016.

DBKL kesal kerana kegiatan ulat gambar ini semakin ketara dan mengganggu pergerakan pengunjung di dua kawasan tumpuan ramai tersebut.

Oleh itu, operasi itu diharap akan dapat membantu membanteras kegiatan yang mengganggu ketenteraman pengunjung dan pelancong itu.

Menerusi operasi yang sama seorang peniaga tanpa lesen turut dikenakan tindakan, termasuk braang barang disita.

DBKL menegaskan bahawa kerjasama dengan PDRM dan JPN membantu mengawal keselamatan dan juga memudahkan petugas mereka mendapatkan identiti individu yang tidak mematuhi undang undang.

DBKL memberikan amaran kepada ulat gambar dan peniaga haram ini agar tidak melakukan aktiviti yang salah di sisi undang undang kerana pihak mereka akan berterusan membanteras kegiatan tersebut.