Pengurus Marseille, Roberto De Zerbi nyata berang dengan pengadilan dalam saingan Ligue 1 selepas skuad kendaliannya tewas 0-3 di tangan Auxerre.

Kekalahan tersebut menyaksikan Marseille kini 13 mata ketinggalan di belakang pendahulu liga yang merupakan juara bertahan, Paris-Saint-Germain (PSG).

Baca Juga:

Selepas ketinggalan satu gol, Marseille terpaksa bermain dengan sepuluh pemain selepas pemain pertahanan, Derek Cornelius diperintahkan keluar padang berikutan kad kuning kedua diterimanya.

Keadaan itu jelas tidak dapat diterima De Zerbi yang menganggap ia bukanlah satu keputusan sewajarnya diambil pengadil perlawanan, Jeremy Stinat.

“Saya orang Itali dan selepas OM (Olympique Marseille) saya tidak akan melatih di Perancis lagi,” ujar De Zerbi menurut sumber laporan Goal.

“Terdapat masalah dalam liga Perancis, jika orang Perancis gembira dengan tahap keputusan ini, maka itu bagus untuk mereka.”

“Namun hari ini, ini memang satu perkara yang memalukan. Pengadil tidak berada dalam [keadaan fikiran yang tepat untuk memimpin] perlawanan ini kerana semua kontroversi yang mengelilinginya.”

Perkara tersebut turut disokong Presiden Marseille, Pablo Longoria yang menganggap ia sebagai sebuah konspirasi.

“Segalanya telah diatur. Sudah dirancang, sudah disusun. Terdapat penalti untuk Merlin (merujuk kepada pemain Marseille), empat pengadil Eropah telah memberitahu saya melalui mesej, dan perkara yang paling memalukan adalah kad merah untuk Cornelius.”

“Ini adalah liga yang buruk, jika Liga Super (liga yang cuba diusahakan Florentino Perez) datang menemui kami, kami akan segera pergi ke sana.”

 

Sumber