Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) tidak membernarkan perlawanan liga yang diadakan pada sebelah petang dihentikan bagi memberi laluan kepada pemain beragama islam berbuka puasa.

Baru-baru ini, badan bola sepak negara itu menghantar notis kepada pengadil, kelab, serta pengelola liga mengenai keputusan tersebut.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Ini bukan kali pertama keputusan ini diambil dimana tahun lalu, FFF juga mengeluarkan arahan sama dengan alasan semua pihak perlu menghormati sekularisme.

Presiden persatuan pengadil tempatan, Eric Borghini menegaskan pihaknya akur dengan arahan terbabit dan mana-mana pengadil yang menghentikan perlawanan bagi memberi laluan kepada pemain beragama islam untuk berbuka puasa akan diberikan amaran.

“Kalau ada kejadian pengadil menghentikan perlawanan, maka kami akan memberikan teguran dan amaran kepada mereka,” katanya.

Negara seperti England dan Jerman membenarkan perlawanan dihentikan seketika pada bulan Ramadan bagi memberi peluang kepada pemain Islam berbuka puasa sebelum menyambung semula perlawanan. Bagaimanapun, Perancis terus menentang keras langkah itu.

Langkah ini juga mendapat kritikan dari ramai pihak yang mana mereka menganggap negara itu seolah-olah benci dengan agama islam.

Skuad kebangsaan Perancis ketika ini dibarisi oleh beberapa pemain beragama islam seperti Ousmane Dembele, Moussa Diaby, Youssouf Fofana dan Ibrahima Konaté.

Malah, ketika memenangi Piala Dunia 2018, pemain yang muncul sebagai wira bagi negara itu seperti Paul Pogba dan N’golo Kante turut beragama islam.

Meskipun mendapat kecaman dari ramai pihak, FFF tidak bercadang untuk mengubah keputusan itu malah akan meneruskannya pada masa akan datang.