Di Belgium terdapat peristiwa di mana 3 penjaga gol meminta rawatan kecederaan pada masa yang hampir sama iaitu selepas minit ke-20 perlawanan.

Dalam aksi Liga Belgium semalam, penjaga gol Herve Koffi yang beraksi dalam aksi antara KAA Gent vs Cherleroi, seterusnya Tobe Leysen dalam aksi antara OH Leuven vs Mechelen , serta Maarten Vandevoordt dalam aksi antara Westerlo vs Racing Genk – kesemuanya cedera hampir pada masa yang sama.

Itu bermakna ada 3 daripada 4 perlawanan yang berlangsung pada sepak mula yang sama, di mana penjaga gol cedera pada masa yang hampir sama. Mereka beraksi di 3 stadium berbeza dalam perlawanan itu.

Tiada yang kebetulan dalam hal ini. Kerana ketiga tiga penjaga gol mahu menunjukkan solidariti kepada rakan rakan dan pemain beragama Islam di atas padang yang berpuasa agar dapat membuka puasa mereka dengan secepat mungkin.

Mereka sebenarnya tidak cedera. Namun sengaja mengambil kesempatan demi rakan rakan pemain yang beragama Islam. Kerana di Belgium agak ramai pemain yang beragama Islam.

Vandevoordt selepas tamat perlawanan dengan wajah tersenyum puas mengakui di hadapan wartawan, ‘Ya memang kami tak cedera, namun kami melakukannya untuk solidariti kepada pemain yang berpuasa,’ tegasnya.

Belgium berbuka puasa 6.51 petang semalam. Dan ketiga tiga penjaga gol itu ternyata puas dapat memberikan sedikit bantuan kepada rakan mereka.

Penjaga gol KAA Gent, Devy Roef sebenarnya sudah memberitahu rakan sepasukan dia akan merebahkan dirinya untuk meminta rawatan.

Dan pada masa itu dia berharap semua pemain beragama Islam berbuka puasa segera dengan memakan kurma dan meminum air. Dia juga meminta rakan rakannya memberitahu pemain lawan yang beragama Islam untuk buka puasa bersama.

Namun dia tidak berkesempatan berbuat begitu kerana penjaga gol lawan, Herve Koffi sudah melakukannya terlebih dahulu. Roef tidak melakukannya kerana dia tahu Koffi melakukannya demi pemain muslim.

“Saya dah setuju untuk melakukannya minit ke-25, namun saya melihat Koffi terlebih dahulu melakukannya,” tegas Roef.

Liga Belgium tidak membenarkan pengadil menghentikan permainan untuk berbuka puasa seperti mana Liga Belanda dan Liga Perdana Inggeris.

 

Sumber