Seorang ahli teori konspirasi dari Perancis yang dikehendaki kerana mempunyai hubungan dengan kes penculikan seorang gadis muda pada bulan April lalu kini telah diusir dari Malaysia. Lelaki berusia 55 tahun itu dikehendaki oleh pihak berkuasa Perancis selepas kes kehilangan gadis dari rumah neneknya di timur Perancis, lapor BBC.

Rémy Daillet-Wiedemann, terkenal di kalangan kumpulan teori konspirasi Perancis, telah diusir keluar dari Malaysia setelah menyalahgunakan visa untuk tinggal secara haram di Langkawi selama bertahun-tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Mereka ditahan kerana memiliki visa perjalanan yang telah tamat tempoh,” kata pihak Imigresen kepada The Associated Press seperti yang dilaporkan oleh CNA pada 3 Jun yang lalu, sambil menambahkan bahawa penahan ini tidak ada hubungan dengan waran yang dikeluarkan oleh Perancis. Tambah pegawai itu lagi, Daillet-Wiedemann dan keluarga dipercayai tinggal di Langkawi sejak 2015, tetapi visa mereka telah tamat tempoh.

Sebelum itu pada April lalu, pasukan pendakwaan Perancis telah mengeluarkan waran tangkap kepada Daillet-Wiedemann berkaitan dengan kes penculikan. Dia dan keluarganya kemudiannya disoal siasat oleh pihak berkuasa Malaysia mengenai status tempat tinggal mereka di negara ini.

Dan pada Ahad lalu, seorang sumber memberitahu agensi berita antarabangsa bahawa Daillet-Wiedemann kini akan dihantar pulang oleh pihak imigresen Malaysia. Dia dan keluarganya telah diserahkan kepada pihak berkuasa Perancis di lapangan terbang Kuala Lumpur, kata sumber terbabit.

Kes penculikan itu berlaku bila seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang tinggal bersama neneknya di Wilayah Vosges hilang dan kemudiannya ditemui bersama ibunya di Switzerland. Hasil siasatan polis mendapati bahawa Daillet-Wiedemann telah membantu penculikan gadis terbabit.

Pada tahun 2000, Daillet-Wiedemann adalah seorang ahli politik yang mewakili Gerakan Demokratik. Dia seterusnya dibuang daripada parti terbabit sebelum berpindah ke haluan kanan dan menjadi terkenal dengan gerakan konspirasi yang menuntut kudeta.

“Saya telah memutuskan untuk mengambil alih kuasa di Perancis, untuk memulihkan negara ini, untuk memberi anda kebebasan,” katanya dalam video YouTube yang diterbitkan tahun lalu. Manifesto yang dibawakan oleh beliau juga dikaitkan dengan teori konspirasi bahawa 5G dan pelitup muka adalah berbahaya untuk manusia.

Asal usul teori konspirasi yang mendakwa bahawa vaksin COVID-19 dilengkapi mikrocip. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Asal Usul Teori Konspirasi Yang Mendakwa Bahawa Vaksin COVID-19 Dilengkapi Mikrocip

Dakwa COVID-19 Agenda Freemason Dan Yahudi, PU Azman Sekolahkan Kumpulan Teori Konspirasi

Peminat Indonesia Cipta Teori Konspirasi Baharu, Ahmad Dhani Sekarang Adalah ‘Ahmad Dhani Clone”