Atlet lompat bergalah Perancis, Anthony Ammirati menjadi perhatian selepas gagal meraih sebarang pingat dalam acara itu di temasya Sukan Olimpik 2024 ekoran kemaluannya yang terlalu besar.

Atlet berusia 21 tahun itu dilihat bersedia untuk melepasi 5.70m sehingga bahagian sensitif badan badannha menafikan percubaan ketiganya pada hari Sabtu sekaligus mendapat perhatian di media sosial.

Baca Juga:

Ammirati sudah melepasi dua ketinggian sebelum alat sulitnya merosakkan markahnya. Dia akhirnya menduduki tempat ke-12 dengan ketinggian 5.60 dalam Kumpulan A.

Robin Emig dan Thibault Collet – rakan senegara Ammirati masing-masing merekodkan ketinggian 5.60 meter dan 5.75 meter.

Walaupun media sosial dibanjiri dengan jenaka mengenai alat sulit Ammirati, atlet itu terpaksa menerima hakikat yang beliau tidak mempunyai peluang lagi untuk bersaing untuk pingat dan telah keluar dari Sukan Olimpik, bersama-sama dengan lompat bergalah Perancis yang lain.

Secara keseluruhan, atlet Perancis menunjukkan prestasi cemerlang di Sukan Olimpik dengan jumlah 41 pingat setakat ini — 12 daripadanya adalah pingat emas. Pasukan tuan rumah berada di kedudukan kedua dalam senarai pungutan pingat di belakang China. Pasukan Australia, Amerika Syarikat dan UK masing-masing mendapat tempat ketiga, keempat dan kelima.

Juara renang, Leon Marchand sahaja telah memenangi empat pingat emas Olimpik dalam tiga acara iaitu rampaian individu lelaki, kupu-kupu dan kuak dada.

Pemenang Olimpik Perancis yang lain termasuk atlet judo kelas berat iaitu Teddy Riner, yang memenangi pingat emas individu Olimpik ketiganya pada Jumaat lalu.