Pergaduhan besar mewarnai kemenangan Perancis ke atas Argentina dalam aksi suku akhir acara bola sepak temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Pasukan tuan rumah menewaskan pemenang pingat emas dua kali itu dengan keputusan 1-0 dan pergaduhan tidak dapat dielakkan antara pemain dari kedua pasukan selepas permainan tamat.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Pergaduhan bermula selepas salah seorang pemain Perancis iaitu Enzo Millot merayakan kemenangan semalam yang dianggap memprovokasi pemain Argentina sekaligus ada kejadian tolak-menolak berlaku.

Pergaduhan besar kemudiannya tercetus dimana pegawai dari kedua-dua pasukan turut terlibat dalam kejadian tersebut.

Selain mara ke peringkat separuh akhir, satu lagi faktor yang mencetuskan pergaduhan ialah tindakan sekumpulan pemain Argentina yang menyanyikan lagu berbentuk perkauman selepas negara dari benua Amerika itu memenangi Copa America 2024.

Selepas perlawanan, pengurus Perancis iaitu Thierry Henry mendedahkan Millot telah dilayangkan kad merah dan marah dengan tingkah laku pemainnya.

Legenda Arsenal itu berkata: “Saya memohon maaf atas apa yang terjadi selepas perlawanan. Ia bukan yang saya mahu dan saya tidak dapat mengawalnya.

“Enzo Millot menerima kad merah selepas perlawanan. Itu tidak membantu. Saya tidak suka perkara sebegini. Saya tidak gembira mengenainya,” katanya.

Penyerang Crystal Palace, Jean-Philippe Mateta menjaringkan gol tunggal perlawanan sekaligus memastikan negara tuan rumah mara ke peringkat separuh akhir.

Perancis akan turun menentang Mesir manakala satu lagi aksi separuh akhir akan melibatkan Sepanyol menentang Morocco.