Impian skuad muda Indonesia untuk beraksi di Sukan Olimpik 2024 tidak kesampaian apabila tewas 0-1 kepada Guinea pada aksi play-off yang berlangsung di Stadium Pierre Pibarot, Paris semalam.
Walaupun Indonesia memberi tentangan yang sengit namun mereka harus menerima kekalahan setelah bolos menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh bekas pemain Barcelona, Ilaix Moriba pada separuh masa pertama.
Baca Juga:
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
Guines diberikan sepakan penalti pada minit ke 29 selepas Algassime Bah dilanggar oleh Witan Sulaeman dalam satu serangan balas.
Pelanggaran Dewangga tampak bersih, sliding tackelnya kena bola.
Penaltinya kemudian gagal. Bola kena tiang atau ketepis Ernando lalu kena tiang.
Tp, situasi ini bikin coach STY diusir dg diberi kartu merah karena protes keras.pic.twitter.com/jNIpNdxq0q
— Football Fandom (@FandomID_) May 9, 2024
Moriba dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti tersebut sekaligus memastikan Guinea mendahului 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.
Memasuki babak kedua, Indonesia bangkit mengandakan serangan namun mereka sukar menembusi benteng pertahanan Guinea yang cukup berdisiplin dan mudah mematahkan setiap gerakan berbahaya.
Pada minit ke 73, Guinea memperolehi sepakan penalti yang kedua selepas Dewangga melakukan terjahan keras ke atas Algassime Bah.
Namun, tendangan penalti Bah terkena tiang dan gagal memastikan Guinea mendahului dengan dua gol.
Perlawanan mula menjadi panas selepas pengendali Indonesia, Shin Tae-yong dilayangkan kad merah oleh pengadil dan diperintah berada di bangku penonton.
Dalam skala 1-10, berapa nilaimu untuk wasit Indonesia vs Guinea ini? pic.twitter.com/EHnztyXWFP
— Football Fandom (@FandomID_) May 9, 2024
Tidak banyak percubaan berbahaya dilakukan oleh Indonesia dan para pemain sudah mula kepenatan setelah mengharungi perlawanan yang cukup panjang di Piala Asia B-23, Qatar minggu lepas.
Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan dan menamatkan perjuangan Indonesia memburu tiket ke acara bola sepak Sukan Olimpik 2024 di Paris.