Tular sejak beberapa hari ini apabila seorang anak muda yang mengusahakan perniagaan pisang goreng cheese menjadi tumpuan ramai berikutan gayanya yang sopan serta soft spoken.

Kisahnya bermula apabila terdapat sebuah video beliau yang tular sekaligus menjadi tagline iaitu ‘biasa maksudnya’ yang merujuk kepada jenis-jenis pisang goreng yang ditawarkan. Malah, beberapa pengamal media turut hadir ke gerai beliau selepas mendapat sambutan hangat di kalangan netizen.

@bananadibs

Bestnya jadi abang kebab …

♬ original sound – Banana Dibs 🍌 – Banana Dibs 🍌

Berjaya menjadi tumpuan ramai khususnya golongan wanita yang memuji pisang goreng cheese yang ditawarkan sangat enak, terdapat pengguna TikTok yang tampil merakamkan perjalanan panjang beliau dalam usaha untuk mencuba Banana Dibs.

Menerusi perkongsian, dua wanita ini terpaksa menaiki MRT serta berjalan kaki dalam tempoh yang panjang untuk tiba ke Banana Dibs. Bukan itu sahaja, dua wanita ini juga terpaksa beratur panjang bersama pengunjung lain dalam mencuba keenakan pisang goreng yang ditawarkan lelaki ini.

Wanita ini turut berkongsi kegembiraan dapat bergambar bersama pemilik Banana Dibs yang tular serta turut memaklumkan pisang goreng cheese coklat yang dibeli sangat enak dan wajar dicuba.

Sumber: tiktok @lilvixt

Perkongsian yang dibuat menerusi platform TikTok ini telah meraih pelbagai respon di kalangan netizen di mana rating beliau mengenai kesedapan pisang goreng cheese yang terbalik antara yang menjadi perhatian. Tidak kurang juga netizen yang berhajat untuk ke tempat makan lain yang tular.

Sumber: tiktok @lilvixt
Sumber: tiktok @lilvixt

Berdasarkan perkongsian terbaru pemilik Banana Dibs, beliau terpaksa naikkan jumlah bahan mentah utama iaitu pisang daripada 70 kilogram kepada 100 kilogram dan terbaru mencecah 200 kilogram. Beliau juga dikatakan merupakan seorang pelajar dalam bidang penerbangan serta memilih untuk berniaga pisang goreng cheese sementara menantikan peluang dalam bidang yang beliau pelajari.