Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat orang ramai khususnya anak muda sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat perhatian serta tersenarai dalam FYP TikTok. ‘Usaha’ yang dipamerkan terkadang menyalahi etika serta membayakan diri semata-mata untuk tampil berbeza.
Terbaharu, tular sebuah perkongsian daripada seorang individu yang tampil dengan konten yang unik iaitu memakan roti dengan inti makanan kucing Whiskas.
@waksukak Kalau rase lapar tu boleh try ikut cara abg ni 😂😂 #fyp #fypシ #fypage #tiktokmalaysia #foryoupage #viral
Menerusi perkongsian, dapat dilihat lelaki ini pada mulanya membuka paket Whiskas serta diletakkan pada permukaan roti sebelum menjamahnya.
Meskipun sebelum menjamah beliau sudahpun terlihat seakan mahu muntah, beliau meneruskan untuk menjamahnya. Walau bagaimanapun, hidangannya tersebut gagal ditelan selepas beliau muntah akibat campuran dua makanan ini.
Konten yang dipamerkan seperti yang dijangka telah meraih perhatian para netizen yang pelik dengan tindakan yang dilakukan. Â Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang memaklumkan turut pernah mencuba makanan kucing bagi mengetahui rasanya.


Perkongsian yang dibuat ini rata-ratanya menerima respon yang negatif daripada para netizen. Diharapkan konten pelik seperti ini tidak lagi menjadi ikutan semata-mata untuk tampil berbeza di media sosial.