Golongan agamawan adalah golongan yang dipandang tinggi dalam mata masyarakat kerana berpengetahuan luas dalam agama dan juga menjadi rujukan untuk bertanyakan soal hukum-hakam.

Bukanlah semua orang boleh dipanggil ‘agamawan’ kerana mereka perlu mendalami ilmu dengan baik supaya setiap apa yang mahu diperkatakan atau dilakukan bertepatan dengan ajaran Islam.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Terbaharu, sebuah video TikTok tular di media sosial memaparkan seorang YouTuber memuat naik video islamkan seorang lelaki India. Menerusi video tersebut, dapat dilihat YouTuber terbabit ‘brainwash’ seorang lelaki India dan telah mengislamkan dia dalam keadaan ‘tidak bersedia’.

Video yang tular itu mendapat pelbagai reaksi netizen dan rata-rata netizen mengecam tindakan YouTuber terbabit. Malah, ada juga tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan YouTuber tersebut kerana dilihat tidak menghormati agama lain.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan bahawa ini bukanlah cara dakwah sebenar dan hal tersebut sedikit sebanyak mencalarkan imej Islam itu sendiri.

https://twitter.com/JohanHeartyAnda/status/1442328456063119369

https://twitter.com/Kishenr_/status/1442398855820021767

Rata-rata netizen turut menzahirkan rasa marah kerana melihat YouTuber tersebut melakukan ia hanya untuk konten dan tidak memikirkan kesan perbuatannya kelak.

Sebelum ini, YouTuber ini turut pernah mendapat kecaman apabila memuat naik video melawat ke perkuburan Allahyarhamah Siti Sarah. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Tidak Sensitif Buat Konten, Tindakan YouTuber Mahu Kejar ‘Views’ Dikecam Netizen

Sentuh Isu Perkauman Dan Strim Permainan Slot, Streamer Ini Dikecam Hebat Netizen