Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat orang ramai khususnya anak muda sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat perhatian serta tersenarai dalam FYP TikTok. ‘Usaha’ yang dipamerkan terkadang menyalahi etika serta membayakan diri semata-mata untuk tampil berbeza.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian daripada seorang individu yang tampil dengan konten yang unik iaitu memakan roti dengan inti makanan kucing Whiskas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@waksukak

Kalau rase lapar tu boleh try ikut cara abg ni 😂😂 #fyp #fypシ #fypage #tiktokmalaysia #foryoupage #viral

♬ original sound – Wak Albauwi – Wak Sukak

Menerusi perkongsian, dapat dilihat lelaki ini pada mulanya membuka paket Whiskas serta diletakkan pada permukaan roti sebelum menjamahnya.

Meskipun sebelum menjamah beliau sudahpun terlihat seakan mahu muntah, beliau meneruskan untuk menjamahnya. Walau bagaimanapun, hidangannya tersebut gagal ditelan selepas beliau muntah akibat campuran dua makanan ini.

Konten yang dipamerkan seperti yang dijangka telah meraih perhatian para netizen yang pelik dengan tindakan yang dilakukan.  Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang memaklumkan turut pernah mencuba makanan kucing bagi mengetahui rasanya.

Sumber: TikTok @thereporter
Sumber: TikTok @thereporter

Perkongsian yang dibuat ini rata-ratanya menerima respon yang negatif daripada para netizen. Diharapkan konten pelik seperti ini tidak lagi menjadi ikutan semata-mata untuk tampil berbeza di media sosial.