Isu satu ajensi pelancongan yang di tuduh cuba seludup duit melalui pelanggan dia beberapa hari lepas patut di jadikan pengajaran buat mereka yang selalu singgah di airport. Isu ini berat, bukan isu kecil. Nasib baik duit kalau dadah?
Ada beberapa isu di airport yang pernah berlaku untuk kita jadikan pengajaran di masa depan. Nampak remeh tapi bila kena batang hidung dan nampak tali gantung nak senyum pun tak lalu bang.
1. Jangan terima kiriman dari orang lain yang tak pasti hujung pangkalnya.
Apa lagi yang sudah siap di bungkus. Kalau barang-barang yang baru di beli sebaiknya anda bungkus sendiri supaya tidak ada benda-benda terlarang di bawa bersama melintasi border control.
2. Jangan combine bag dengan travel buddies yang baru kenal kat group-group travel.
Biar lah check in asing-asing dan bayar lebih. Kita tak tau apa yang ada dalam bag kawan tu. Kecuali travel buddies anda jenis boleh share spender dengan anda ok lah.
3. Jangan pernah biarkan backpack anda tidak berbalut/ tanpa raincover.
Boleh membuatkan anda kehilangan nyawa. Kerana ada sindiket yang akan menyelitkan barang-barang terlarang di beg anda.
Kalau anda lepas beg anda akan di curi. Kalau anda tak lepas anda mungkin akan ke dalam dan mungkin akan jadi banduan akhir.
4. Jangan berbaik hati tawarkan ruang beg anda untuk orang di depan atau di sebelah anda yang mana beg terlebih had berat.
Kalau nak tolong sangat, beri duit adalah lebih baik demi keselamatan anda daripada beri ruang beg anda. Walau terlebih setengah kilo saja pun jangan lah bagi mereka checkin beg di bawah nama anda. Kalau setengah kilo tu semua ganja tak pasal-pasal masuk bawah akta 39B = mati.
5. Jangan pernah pegang barang orang lain semasa di airport.
Kalau ada orang mintak tolong suruh je dia letak di pondok polis, kaunter informasi atau mana-mana tempat yang selamat untuk bag dia. Yang penting bukan di tangan anda. Walau yang mintak tolong tu Maria Ozawa sekali pun tolong lah jangan pegang kan.
6. Kalau anda berada di surau dan kasut anda hilang, jangan pakai kasut yang di tinggalkan di surau tersebut.
Mungkin kasut itu dah di selitkan dadah dan cuba menjadikan anda keldai untuk melepasi border control.
Kalau anda lepas akan ada orang yang pulangkan kasut anda dengan alasan tertukar semasa di surau.
7. Jangan pernah tinggalkan beg anda tanpa pengawasan
Bawa saja ke mana anda pergi walau ke tandas sekali pun, takut di masukkan benda-benda terlarang oleh sindiket-sindiket tertentu.
Ada kisah benar tentang seorang pemuda yang mana beliau sekarang sudah arwah di tali gantung.
Semasa di airport berhampiran tandas seorang lelaki tergesa-gesa hendak masuk ke tandas (macam orang cirit) dan meminta dia pegang briefcase dan terus berlari masuk ke tandas.
Kurang dari 5 minit pemuda itu telah di kepung dan ternyata di dalam briefcase itu adalah dadah. Lelaki yang lari ke tandas tu dah hilang entah ke mana.
Kisah ini di ceritakan oleh sepupu pemuda itu. Kalau cerita ini tipu ambil je pengajaranya bukan persoalkan kerja polis. Apa-apa hal, happy traveling guys. Stay safe. Jangan baik sangat. Biar selfish bertempat.