Seorang lelaki meraih pujian netizen selepas mengejar pemandu didakwa suspek kemalangan langgar lari.
Menerusi video dikongsikan semula X.com @update1111, lelaki itu membuat live Facebook sambil mengejar pemandu Perodua Axia berkenaan sampai masuk ke kawasan parkir rumah si pelaku.
Pemandu itu dipercayai berasa selamat apabila masuk ke perkarangan rumah selepas melepasi pondok pengawal keselamatan.
Bagaimanapun, lelaki itu menjerit kepada pengawal dengan menyatakan kereta Axia itu telah melanggar orang.
#LANGGAR LARI
dalam video atas dia ada cakap, dia tak share kerana nak jaga privasi mangsa dan share kat abang mangsa sebagai bukti sahaja.Kredit video owner pic.twitter.com/nxzapKShFx
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) July 22, 2024
“Dia langgar, langgar,” jerit lelaki tersebut kepada pengawal keselamatan.
Lalu pengawal keselamatan memberi laluan kepada lelaki itu mengejar kereta Axia tersebut.
Apabila sampai ke kawasan parkir, Axia terbabit diletakkan di tengah-tengah laluan dan lelaki itu meminta pemandu memberitahu ibu bapanya mengenai kemalangan langgar lari.
Enggan pedulikan permintaannya, pemandu Axia segera meninggalkan lelaki tersebut.
Dipercayai lelaki berkenaan terus mengekori si pelaku sampai dia meletakkan kereta Axia di parkir miliknya.
Kelihatan juga beberapa penduduk kawasan perumahan itu berada berhampiran kereta suspek, dipercayai berasa ingin tahu selepas melihat bahagian kanan depan Axia itu rosak teruk.
“Dia langgar lari orang. Selepas saya nampak dia langgar motosikal, dia lari.
“Pasti mangsa dalam keadaan parah sebab dia di bawah kereta. Tengok bahagian hadapan kereta ini. Saya ada rekod semua,” jelas lelaki berkenaan kepada penduduk serta pengawal keselamatan yang ada di situ.
Warganet memuji tindakan lelaki itu sanggup membantu mangsa walaupun tidak mengenalinya.
Difahamkan video bukti itu diberikan kepada abang mangsa.
Dalam pada itu, orang ramai berharap akan ada kemas kini daripada pihak berkuasa berhubung insiden langgar lari itu.
Netizen juga mahu tahu tentang status keadaan mangsa.