Dalam banyak-banyak keluaran model Nissan GT-R, model Skyline GT-R R34 menjadi rebutan satu dunia.
Harga sebuah GT-R R34 kini ada yang boleh mencecah jutaan ringgit walaupun usia kereta sudah lebih 20 tahun — hal ini membuatkan ramai mempertikaikan sama ada ia satu pembelian yang berbaloi.

Baca Juga:
- Pemilik JDM Dapat Jutaan Ringgit Selepas Mat Saleh Beli GT-R R34 Miliknya
- Baru Satu Jam Tukar Nama Pemilik, ‘Orang Tengah’ Pandu Nissan Skyline GTT R34 Terbabas Langgar Pokok
- Nissan Skyline R34 GT-R, Legenda JDM Yang Semakin ‘Mahal’ Walaupun Cecah Usia 20 Tahun
Bagaimanapun baru-baru ini terdapat berita yang lebih mengejutkan ramai apabila ada sebuah R34 yang sudah ‘total lost‘ dibida setinggi ratusan ribu ringgit.
Menerusi hantaran Facebook Samuel Lee Wui Phung, beliau kongsikan tangkap layar menunjukkan gambar kereta yang sedang dalam lelongan, serta harga bidaan semasa.
Gambar itu menunjukkan GT-R R34 berwarna biru mengalami kerosakan teruk pada bahagian casis tengah badan kereta, serta cermin hadapan retak seribu.
Menurut Facebook Samuel Lee Wui Phung harga bidaan semasa itu (6,115,000 Yen/RM172,361) tidak termasuk cukai 10%, serta pelbagai caj-caj yang lain.
Ramai yang tertanya, siapakah yang membelinya dan apa yang kereta itu akan dibuat kelak.
Pada masa sama netizen tidak menafikan walaupun sudah ‘total lost‘, namun oleh kerana model R34 mempunyai ‘auranya’ yang tersendiri masih ramai ‘berebut’ mahu mendapatkannya.