Sejak minggu lalu tular keluhan netizen di media sosial mengenai aktiviti penjajaan yang dijalankan oleh warga asing di sekitar Jalan Ampang.
Sehubungan dengan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil tindakan efisien dengan melaksanakan Tindakan Khas Penjaja Tanpa Lesen Bukan Warganegara di sekitar Jalan Ampang (KLCC), Jalan Imbi dan Jalan P.Ramlee Kuala Lumpur pada Sabtu dan Ahad lepas.
Baca Juga:
- Kurang Ajar Dan Kasar, Wanita Ini Kongsi Reaksi Pendatang Asing Lepas Geram Tidak Dapat Duit Sedekah
- Beroperasi Dari Apartment Tingkat 15, Hidangan ‘Ayam Kipuk’ Ini Berjaya Jadi Serbuan Rider Makanan
“Sebanyak 4 tindakan sita/pindah halangan telah diambil ke atas penjaja bukan warga negara yang menjaja makanan/minuman termasuk 2 peniaga pakaian terpakai.
“1 notis kompaun di bawah UUK 3(1) Undang – Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 – Penjaja Warganegara Tanpa Lesen dan 1 notis kompaun Seksyen 47(1)(a), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 – Kesalahan membuang bahan jualan dan membuat kekotoran di tempat awam,” petik kenyataan Facebook DBKL.
Orang ramai memuji tindakan pantas dan cekap DBKL yang segera membendung peniaga-peniaga warga asing selepas keluahan netizen tular di media sosial.
Pada masa sama orang ramai berharap DBKL dapat melakukan rondaan berkala lebih kerap lagi bagi mengelakkan perkara sama terus berulang lagi.
Dalam pada itu DBKL telah menempatkan anggota penguatkuasa di lokasi-lokasi yang dikategorikan sebagai lokasi hotspot berlakunya aktiviti penjajaan tanpa izin bagi memastikan aktiviti seumpama ini dapat dibendung pada masa akan datang.