Jika dahulu jenama botol terkemuka iaitu Stanley mempamerkan kualiti botolnya yang selamat dalam kereta terbakar, kini Khairul Aming nampaknya mengikut jejak langkah yang sama apabila pek sambal dendeng yang dijual mempamerkan perkara yang sama.

Seorang wanita menerusi TikToknya berkongsi kisah rumahnya yang terbakar tetapi apa yang mencuri perhatian adalah bagaimana keadaan dendeng nyet berapi keluaran Khairul Aming masih utuh dan tidak dimamah api.

Menerusi gambar yang dikongsikan, keadaan pek dendeng nyet berapi masih dalam dalam keadaan baik dan hanya kelihatan kesan seperti habuk dari kesan terbakar yang melekat padanya.

Wanita itu dengan berseloroh mengatakan “kalis api betul dendeng khairul aming ni” kerana masih berada dalam keadaan baik walaupun keadaan rumah asal sudah mengalami kebakaran.

Sambal nyet berapi
Sumber Gambar: TikTok

Gambar yang dikongsikan itu langsung menjadi perbualan hangat di mana meraih lebih 100,000 jumlah tontonan dan rata-rata netizen memuji packaging dendeng nyet berapi keluaran pempengaruh terkenal itu yang tahan lasak dan berkualiti.

Sambal nyet berapi
Sumber Gambar: TikTok
Sambal nyet berapi
Sumber Gambar: TikTok

Selain ramai berseloroh kemungkinan gambar api pada pakej tersebut menjadi sebab is kalis api dan meminta KA untuk memberi bantuan kerana sudah memberikan maklum balas yang luar biasa berkenaan produknya.

Untuk makluman, sebelum ini Khairul Aming turut menyatakan kini beliau fokus dalam pembangunan produk ketiga yang akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan sokongan kepada perniagaan yang dijalankan selama ini.

Difahamkan 2025 merupakan tahun yang ke-5 perniagaan beliau beroperasi. Malah, kedua-dua produknya juga sudah memiliki sijil halal yang diiktiraf oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK).