Kerana menganiaya seekor anak monyet hingga menyebabkan kematian, seorang moderator di laman sosial TikTok telah disiasat polis dan bakal didakwa ke mahkamah.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim pada Januari lalu pihak polis telah menerima laporan daripada orang awam berhubung penganiayaan terhadap haiwan yang dilakukan oleh individu tersebut.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Harian Metro

Perbuatan tersebut telah mengakibatkan kematian seekor anak monyet akibat dipukul, dicacatkan anggota badan serta dibakar dibahagian kaki dan tangan. Susulan itu, pihak polis telah menyerbu ke rumah seorang lelaki berusia 37 tahun dan bahan bukti berjaya dirampas.

Hasil siasatan membawa kepada serbuan di sebuah unit kediaman di Setia Alam dan pemeriksaan dilakukan  yang mana menemui perkakas dan peralatan serta telefon bimbit yang mengandungi anak monyet didera.

Tambah beliau lagi, untuk membantu siasatan seramai empat orang saksi telah dipanggil. Kertas sisatan kemudiannya telah di hantar ke Pejabat Perundangan Negeri Selangor dan diedarkan ke Jabatan Peguam Negara untuk kajian.

Sementara itu, Jabatan Peguam Negara juga telah mengeluarkan arahan supaya siasatan diteruskan bagi memperoleh laporan hasil analisa forensik telefon bimbit suspek.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 30(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan jika disabitkan kesalahan suspek boleh dihukum denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun.

Sebagai seorang manusia yang beretika, kita mestilah menyayangi semua mahluk tuhan dan melayan dengan baik. Janganlah kita menyeksa binatang kerana ia bukan sahaja ditegah oleh agama malahan menyalahi undang-undang.

Sumber