Setiap orang pastinya mempunyai sebab tersendiri kenapa pergi travel, dan antara alasan yang paling laku adalah melihat keindahan bumi Tuhan dengan pandangan mata sendiri. Tidak dinafikan, ciptaaan Tuhan di muka bumi semuanya indah-indah belaka. Agungnya!
Travel dan gambar berpisah tiada, itulah yang bakal menjadi bukti dan kenangan anda untuk dimemorikan pada masa mendatang. Oleh itu, kami cuba senaraikan beberapa destinasi paling fotogenik yang ada di planet bumi khas buat anda yang suka bergambar. Destinasi ini bukan hanya cantik dibidik lensa, malah secara zahirnya juga sangat memukau dipandang mata.
Jadi tidak hairanlah kenapa destinasi ini menjadi pilihan paling ramai dikunjungi pelancong. Selain itu, destinasi ini mungkin boleh memberikan anda motivasi dan idea baharu. Maka persiapkan diri untuk mengganti bingkai permandangan yang sering dilihat setiap hari.
1. Positano, Itali
2. Alberta, Kanada
3. Jackson Hole, Wyoming. Amerika Syarikat
4. Ha Long Bay, Vietnam
5. Patagonia, Chile
6. Santorini, Greece
7. Cappadocia, Turki
8. The Algarve, Protugal
9. Chefchaouen, Morocco
10. Kauai, Hawaii
11. Burano, Itali
12. Western Norway
13. Palawan, Filipina
14. Annecy, Perancis
15. Big Sur, California
Masih lagi tercari-cari destinasi travel untuk tahun ini? Kami cadangkan anda pergi ke salah satu destinasi yang tersenarai di atas. Serius cantik!